• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuan Ibrahim Berubah Nada Kerjasama Dengan PPBM

oleh AK-47
04/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man seolah-olah membuat pusingan U berhubung pengumuman beliau mengenai kerjasama politik antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad kelmarin.

Beliau kelihatan berubah nada tentang perkara itu dengan menyatakan pertemuannya dengan PPBM petang kelmarin cuma sebagai Jawatankuasa Perunding bagi pihak PAS yang tidak mempunyai mandat untuk membuat sebarang keputusan.

“Kenyataan pada 1 Februari lalu hanyalah memaklumkan bahawa pertemuan antara kedua-dua pihak telah diadakan dan tiadas sebarang keputusan muktamad dibuat.

“Segala cadangan hasil perbincangan yang akan dikaji dan diteliti oleh Jawatankuasa Teknikal Bersama perlu diangkat kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk diputuskan.

“PAS akan menyerahkan kepada Majlis Syura Ulama PAS bagi membuat keputusan tentang kerjasama politik dengan meneliti terutamanya aspek syarak sama ada ia boleh diteruskan atau sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Kenyataan terbaru Tuan Ibrahim itu agak berbeza dengan kenyataan bersama beliau dengan anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz kelmarin yang membayangkan seolah-olah kerjasama kedua-dua parti tu sudah hampir pasti termeterai.

Antara isi kandungan kenyataan bersama Tuan Ibrahim dan Mukhriz sejurus mereka mengadakan pertemuan kelmarin mendakwa pertemuan itu telah berjaya menghasilkan persefahaman antara kedua-dua pihak.

Mesyuarat itu juga dikatakan telah memperhalusi deraf rangka kerjasama persefahaman politik PAS-PPBM dan beberapa ketetapan positif telah diambil dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara kedua-dua parti.

Tuan Ibrahim turut memaklumkan kononnya rangka kerjasama antara PAS dan PPBM akan diperhalusi oleh pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk ditandatangani oleh Presiden kedua-dua parti pada satu tarikh terdekat.

Pengumuman itu mengelirukan ramai pihak terutama penyokong PAS kerana PPBM merupakan sekutu kepada musuh politik PAS iaitu DAP dan PAN.

Kerjasama itu jika benar secara tidak langsung bermakna PAS kembali berkait dengan DAP yang pernah dilabelkan PAS sebagai anti-Islam dan PAN yang dianggap pengkhianat Islam.

PAN ditubuhkan bagi menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam Pakatan Harapan selepas PAS disingkirkan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada pakatan dua tahun lalu.

PAS diketepikan kerana enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam yang dianggap boleh mengundang beban politik oleh DAP dan PKR.

Pengumuman Tuan Ibrahim dan Mukhriz itu kemudian disangkal oleh PAS Pusat yang menegaskan bahawa parti itu tidak akan kembali bekerjasama secara langsung atau tidak langsung dengan DAP . -MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Tuan Ibrahim Tuan ManPASPPBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd