Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Tahap Kesedaran Rasuah Meningkat...

KUALA LUMPUR - Tahap kesedaran tentang impak negatif rasuah dalam kalangan golongan muda...

Tidak Sorok Kegiatan Dadah...

BATU KURAU - Kementerian Pendidikan memberi amaran kepada pihak sekolah agar tidak menyembunyikan...

20,000 Lebah Ikut Ratu...

INSIDEN ini mungkin menjadi pengalaman yang paling 'gila' pernah dihadapi oleh wanita bernama Carol Howarth. Gara-gara seekor...

Video: Akibat Curang, Isteri...

SEORANG wanita di China menghadapi saat menggetirkan apabila 'disumbat' secara paksa ke dalam...

Tragedi ‘Mat Beskal’ Bukan Isu Baharu

TAHUN 2000 hingga 2004, lubuk utama mencari berita bagi program Edisi Siasat siaran NTV7 ialah kisah “Mat Beskal”.

Ini kisah dekad awal millenium – ketika ledakan istilah kebebasan remaja menjadi dilema dalam keluarga kumpulan ekonomi kelas rendah di bandar dan sub bandar.

Anak remaja berusia seawal 10 hingga 16 tahun adalah majoriti penunggang basikal yang memenuhi Kuala Lumpur pada malam minggu.

Malah, pada malam perayaan Hari Merdeka dan Tahun Baharu, angka kehadiran mereka mencecah lebih seribu orang memenuhi jalanan sekitar ibu kota.

Bagi lokasi utama KL, migrasi geng remaja berbasikal ini datang sejauh dari Rawang, Hulu Langat, Ampang, Selayang, Gombak dan Petaling Jaya.

Perjalanan hari Sabtu mereka bermula seawal 9.00 pagi dengan berkayuh dari pelbagai kampung dan petempatan, serta Projek Perumahan Rakyat (PPR) di KL. Mereka akan bertemu dan menghabiskan siang hari di Taman Rekreasi Templer atau Bukit Belacan untuk mandi-manda.

Menjelang Maghrib, mereka bertemu di pelbagai lokasi strategik termasuk Dataran Merdeka, KLCC dan Jalan Raja Laut. Tema malam minggu ialah menyaksikan pelumba motorsikal atau Mat Rempit berlumba dan beraksi liar di jalanan ibu kota.

Edisi Siasat menggelar kumpulan ini sebagai anak-anak kambing. Namun dikritik keras. Selain ibu bapa, terdapat ulama tersohor yang menasihati Edisi Siasat agar lebih bersopan dalam menggunakan terma. Akhirnya, skrip hos program Wan Kamaruddin Wan Ibrahim diubah: kumpulan remaja ini digelar “Mat Beskal”.

Grup mat beskal ini sangat solidariti. Mereka akan memasuki KL secara havoc pada 11.00 malam dengan saling berhubungan antara pelbagai kumpulan melalui telefon bimbit. Tepat jam 12.00 tengah malam, setelah aktiviti mat rempit mulai pudar, kira-kira 500 hingga 1000 remaja berusia awal belasan tahun akan menakluk Dataran Merdeka.

Mereka akan beraksi dengan pelbagai gaya akrobatik Sukan X menggunakan basikal yang diubah suai.

Ada sekali ketika wawancara, seorang ketua kumpulan yang baru berusia 14 tahun menyindir wartawan Edisi Siasat: “Jangan panggil kami kambing. Kesian mak ayah kami. Mereka bukan kambing!”

Sejak itu editorial program ini berubah. Lebih banyak komunikasi kontraktif dibuat dengan geng mat beskal. Secara sosio ekonomi – mereka anak-anak keluarga berpendapatan rendah.

Ibu bapa tidak mampu dalam soal kewangan untuk menyediakan belanja berlibur di sineplex atau taman tema. Apa lagi memiliki komputer permainan Play Station atau X Box di rumah.


Ketidak upayaan ekonomi keluarga menjadikan geng mat beskal berlibur cara murah. Mereka menggunakan liquid adrenalin usia remaja untuk berkayuh jauh dari sub bandar dan memasuki KL demi menikmati rekreasi percuma malam minggu.

Aktivis masyarakat Tan Sri Lee Lam Thye menyarankan, kehidupan malam minggu disediakan di kawasan-kawasan sub bandar. Supaya anak-anak remaja ini tidak menghala sejauh ke KL dan tidak dapat dikawal aktivitinya.

Apa aktivitinya?

Aktiviti main basikal di lokasi tempat tinggal geng mat beskal ini.

Cadangan ini kedengaran sangat Logik! Tetapi siapa akan menanggung kosnya?

Justeru, kempen mudah editorial dibalikkan ke tanggung jawab ibu bapa. Itu jalan mudah dalam mengawal dilema ini. Tetapi dua dekad kemudian, mat beskal masih isu yang besar. Anak-anak remaja masih hidup liar di jalanan dengan aksi berbasikal dan jadi lebih tidak terkawal.

Kes kemalangan maut di Johor Bahru hanya satu daripada begitu banyak tragedi lain yang terus menunggu untuk berlaku. Dari Kangar sampai ke Kuching – dilema adrenalin remaja awal belasan tahun berbasikal secara semberono di jalan raya masih isu utama.

Kita boleh menyalahkan ibu bapa. Kita boleh menyalahkan pihak berkuasa. Tetapi akhirnya, kita semua tetap bersedih melihat bencana yang menimpa remaja kita.

Kita akan menangisinya…

Kategori