• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi Katamaran: SAR Diteruskan Pada Hari Ke-21

oleh AK-47
17/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) lima lagi mangsa tragedi bot pelancong karam yang masih hilang di perairan Sabah belum menemukan petunjuk baharu dalam operasi yang masuk hari ke-21 hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata sektor pencarian kini meliputi kawasan seluas 300 batu nautika persegi di perairan Sabah, Miri (Sarawak) dan Brunei.

Pencarian melibatkan sembilan aset, masing-masing tiga milik APMM, tiga milik Pasukan Polis Marin, dua milik Tentera Laut Diraja Malaysia dan satu milik agensi keselamatan Brunei.

“Setakat pagi ini, tiada sebarang petunjuk baharu dilaporkan namun operasi SAR akan diteruskan sehingga mendapat arahan seterusnya daripada pihak atasan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Zubil berkata keadaan di sektor pencarian pada pagi ini adalah baik dengan cuaca cerah dan berharap keadaan itu akan membantu pasukan SAR dalam operasi tersebut.

Dalam tragedi 28 Jan lepas, bot pelancong jenis katamaran membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal, karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar semasa dalam perjalanan ke Pulau Mengalum.

Setakat ini 26 mangsa telah dijumpai termasuk empat yang maut. – BERNAMA

Tags: APMMMohd Zubil Mat SomSAR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih 5 Juta Permohonan BR1M 2017 Diluluskan

Next Post

MAIPs Buat Bancian Menyeluruh Asnaf Di Perlis 3 Bulan

Related Posts

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

09/12/2024
0

Johor Bahru : Seorang Pegawai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini atas enam...

‘Terima Kasih Semua Anggota SAR’ – Ketua Polis Dang Wangi

‘Terima Kasih Semua Anggota SAR’ – Ketua Polis Dang Wangi

31/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Selepas hampir sembilan hari, operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam tanah jerlus...

Next Post

MAIPs Buat Bancian Menyeluruh Asnaf Di Perlis 3 Bulan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd