• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tombo Ent. Nafi Bayar Suspek Pembunuhan Jong-nam

oleh AK-47
21/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan Tombo Enterprise Sdn. Bhd., Chong Ah Kow menafikan warga Korea Utara, Ri Jong-chol, suspek lelaki dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam, yang ditahan Sabtu lepas, bekerja dengan syarikatnya seperti yang dilaporkan media.

Chong berkata Jong-chol adalah orang perantaraan bagi menjalankan urusan perniagaan berkaitan produk kesihatan merawat kanser kepada syarikatnya yang beroperasi di Cheras sejak 2013.

“Saya mengenali Jong-chol melalui pakciknya Dr. Mun Ho, seorang saintis di Korea Utara yang memperkenalkan anak saudaranya itu pada 2013 selepas berbincang mengenai produk ekstrak cendawan bagi merawat kanser sekitar 1998 hingga 2000,” katanya kepada wartawan yang berkumpul di pejabatnya petang ini.

Syarikat itu menjadi tumpuan petugas media berikutan laporan media yang menyatakan Jong-chol bekerja di Jabatan Teknologi Maklumat, Tombo Enterprise Sdn. Bhd. Beberapa wartawan asing turut berada di premis syarikat itu untuk mendapatkan maklumat mengenainya.

Chong, yang tenang menjawab soalan yang diutarakan petugas media, menjelaskan kali terakhir beliau berhubung dengan Jong-chol adalah melalui aplikasi WhatsApp pada Jumaat, sehari sebelum lelaki Korea Utara itu ditahan polis.

Menurut Chong, komunikasi melalui WhatsApp itu bagaimanapun dilakukan dengan bantuan anak perempuan Jong-chol, yang bertindak sebagai penterjemah bagi bapanya kerana Jong-chol tidak fasih berbahasa Inggeris.

Chong turut menunjukkan telefon bimbitnya yang memaparkan mesej WhatsApp berbahasa Inggeris antara mereka, yang tertera selama tiga hari sejak Khamis hingga Sabtu.

Chong menegaskan syarikatnya tidak pernah menggaji Jong-chol sebaliknya hanya membantu menguruskan visa kerjanya untuk menjalankan perniagaan di Malaysia pada 2013.

Menceritakan peribadi Jong-chol sepanjang dikenalinya, Chong yang pernah bertemu Jong-chol beberapa kali menyifatkan lelaki itu seorang yang sederhana, rendah diri dan lemah lembut.

“Sepanjang urusan dengannya, Jong-chol selalu membawa anak perempuannya berumur lingkungan 20-an yang menuntut di Help University di sini, untuk bertindak sebagai penterjemah setiap perbualan kerana dia (Jong-chol) tidak tahu berbahasa Inggeris.

“Saya amat terkejut apabila mengetahui Jong-chol ditahan polis Sabtu lepas kerana dipercayai terlibat dalam kes kematian Kim Jong-nam,” katanya.

Chong berkata beliau hanya berurusan dengan Jong-chol atas urusan perniagaan.

“Syarikat saya mahu mengambil peluang perniagaan dalam import dan eksport terutama produk minyak sawit dan ekstrak herba, tetapi sehingga kini tiada transaksi sebenar berlaku kerana harga produk belum dipersetujui,” katanya.

Sehingga kini, polis sudah menahan tiga suspek lain termasuk dua suspek wanita iaitu warga Vietnam Doan Thi Huong, 28, dan warga Indonesia Siti Aisyah, 25, yang ditahan reman sehingga Rabu.

Seorang lelaki warga tempatan Muhammad Farid Jalaluddin, 26, dipercayai teman lelaki Siti Aishah, telah ditahan sebelum ini, untuk membantu siasatan.

Jong-chol direman sehingga Jumaat bagi membantu siasatan.

Isnin lepas, Jong-nam dilaporkan berada di klia2 untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

Jong-nam, yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. – BERNAMA

Tags: kes pembunuhanKim Jong-NamTombo Enterprise
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Menyatupadukan Rakyat Kunci Capai Tamadun Sebenar

Next Post

‘River Of Life’ Ubah Kualiti Air Sungai Tahap Selamat

Related Posts

Budak 11 Tahun Saksi Kes Pembunuhan Sendiri

Budak 11 Tahun Saksi Kes Pembunuhan Sendiri

14/11/2023
0

NEW DELHI – Seorang budak lelaki berumur 11 tahun hadir di Mahkamah Agung India untuk meyakinkan panel hakim bahawa dia...

Pembunuhan Kejam Model Hong Kong Abby Choi, Bekas Suami ditahan

Pembunuhan Kejam Model Hong Kong Abby Choi, Bekas Suami ditahan

26/02/2023
0

NEW YORK: Empat orang ditahan berhubung kes pembunuhan kejam model dan pempengaruh Abby Choi, selepas sebahagian anggota badan mangsa yang...

Next Post

'River Of Life' Ubah Kualiti Air Sungai Tahap Selamat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd