• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tolak Stigma Wataniah Berkait Latihan Keras, Lasak

oleh Ahmad Albab
05/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru anak muda agar menolak stigma bahawa latihan pasukan simpanan Rejimen Askar Wataniah dijalankan secara keras dan lasak semata-mata.

Baginda bertitah latihan dijalankan menekankan banyak aspek lain yang bermanfaat, dan generasi muda harus bersemangat waja serta berbangga menyertai anggota sukarelawan itu selain mampu memupuk semangat sayang kepada negara.

Baginda mahu golongan muda yang sihat tubuh badan dan layak memenuhi syarat minima yang ditetapkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya tampil mendaftarkan diri menyertai Askar Wataniah.

“Anak muda perlu tahu selain menjadi sukarelawan, manfaat menyertai pasukan ini sememangnya tidak dapat diperoleh oleh masyarakat di luar sana.

“Mereka juga berpeluang diserapkan sebagai anggota tetap dan meneruskan kerjaya sebagai seorang anggota tentera jika berprestasi baik,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berangkat merasmikan acara penutupan Latihan Mobilisasi Askar Wataniah Siri Pertama 2017 anjuran Rejimen 504 Askar Wataniah di Kem Bukit Keteri, di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut Timbalan Komander Rejimen, Leftenan Kolonel Huzaini Hussin.

Baginda berharap agar anak muda tidak melepaskan peluang kerana anggota sukarela itu juga akan dapat mengembangkan lagi pengetahuan tentang hal-hal dan ilmu berkaitan teknologi ketenteraan yang serba canggih dan terkini.

Selain itu, titah baginda mereka turut diterapkan dengan nilai-nilai murni dan kepimpinan untuk mendisiplinkan diri yang memberi nilai tambah agar terus berjaya dalam segala bidang yang diceburi.

Latihan mobilisasi khas itu diadakan bagi menguji persiapan dan tindakan staf-staf rejimen dalam melaksanakan tugas serta melatih anggota sukarela dalam penugasan gerakan khas khususnya apabila kecemasan. – BERNAMA

Tags: Askar WataniahTuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Sindir Mat Sabu ‘Capatikan’ Janji

24/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Baru tiga bulan berjanji sudah 'dicapatikan'. Bagitu sindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada...

Rancang Program Galakkan Rakyat Sertai Askar Wataniah

21/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan sedang merancang beberapa program untuk menggalakkan rakyat pelbagai kaum di negara ini menyertai Askar Wataniah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd