• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TLDM Selamat 87 Pelancong Terkandas Di Pulau Tioman

oleh Ahmad Albab
15/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seramai 87 pelancong yang terkandas di Pulau Tioman ekoran laut bergelora dan cuaca buruk selamat tiba dengan Kapal KD Terengganu di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang dekat sini petang tadi.

Mereka tiba pada pukul 6.30 petang di Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1).

TLDM dalam satu kenyataan memaklumkan sepatutnya 123 pelancong menaiki kapal berkenaan namun yang selebihnya memilih untuk menaiki feri.

“Misi bantuan turut mendapat perhatian daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dengan penyediaan pengangkutan untuk menghantar semula pelancong yang terkandas ke Terminal Feri Mersing, Johor,” kata kenyataan itu.

Kapal KD Terengganu dilapor bertolak dari Pangkalan TLDM Tanjung Gelang pada tengah malam tadi dengan misi membawa bekalan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Rompin untuk diberikan kepada penduduk Pulau Tioman yang terputus bekalan makanan akibat cuaca buruk.

Seorang pelancong yang diselamatkn itu Mimi Yuhani Adam, 45, dari Kuala Lumpur berkata beliau, suami serta anak-anaknya terkandas di pulau berkenaan sejak Ahad lepas.

Beliau berkata mereka datang untuk bercuti di Pulau Tioman selain suaminya mahu bertemu rakannya.

“Namun baru diketahui rakannya itu telah berpindah ke Kuantan. Hendak berpatah balik sudah tidak boleh sebab kami telah pun berada atas feri.

“Apabila kami dimaklumkan tiada feri untuk menghantar kami ke jeti akibat cuaca buruk, kami kembali menginap di pulau itu,” katanya.

Turut terkandas sejak Ahad lepas ialah Teo Kiang Mou, 38, dari Johor Bahru yang pertama kali datang bercuti sempena Tahun Baru Cina ke Pulau Tioman bersama keluarganya serta 26 orang rakan-rakannya.

“Ketika terkandas, saya menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan susu dan pampers anak saya dan terpaksa meminta pertolongan daripada orang kampung untuk menggunakan bot pergi ke Kampung Tekek bagi membelinya,” katanya. – BERNAMA

Tags: PULAU TIOMANTLDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

27/11/2025
0

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam di Perairan Pulau Perak Oleh Mynewshub  LANGKAWI, 27 November – Seorang individu...

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

27/11/2025
0

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM Oleh Mynewshub  LUMUT, 27 November – Hujan lebat berterusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd