• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Undang-Undang SPAD Kekang Teksi Motosikal

oleh Ahmad Albab
15/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAMPAR – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) tidak mempunyai kuasa untuk mengekang perkhidmatan teksi motosikal kerana tidak diperuntukkan oleh undang-undang sedia ada.

Sehubungan itu, Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar meminta agar isu perkhidmatan teksi motosikal ini dibincangkan dalam sidang parlimen akan datang.

“Motosikal tidak termasuk dalam senarai pengangkutan awam yang membawa penumpang bagi tujuan meraih pendapatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran pembinaan Kompleks Terminal Pengangkutan Bersepadu Kampar di sini hari ini.

Pada masa sama, Syed Hamid mengingatkan pengusaha teksi motosikal berkenaan agar bersedia menghadapi tindakan undang-undang kerana beroperasi tanpa lesen.

Syed Hamid diminta mengulas mengenai teksi motosikal Dego Ride yang semakin popular dalam kalangan warga kota sebagai pengangkutan awam alternatif yang murah dan pantas, terutama dalam menangani masalah kesesakan di ibu negara.

Semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi amaran kepada syarikat perkhidmatan ‘Dego Ride’ agar tidak mencabar undang-undang negara setelah diarahkan menghentikan perkhidmatan tersebut atas faktor keselamatan.

Liow berkata perkhidmatan Dego Ride menyalahi Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 dan Seksyen 16 dan 47 Akta SPAD yang pengusaha syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah. – BERNAMA

Tags: Dego RideSPAD
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Presiden FAM: KJ Berkecuali, Beri Kerjasama Penuh

Next Post

Flotila Tiba Di Chittagong, 25 Sukarelawan Turun

Related Posts

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

Penunggang Dego Ride Perlu Diwajibkan Lesen PSV

02/01/2020
0

PETALING JAYA - Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) digesa memberikan layanan sama terhadap penunggang perkhidmatan e-hailing motosikal pertama negara, Dego...

Next Post

Flotila Tiba Di Chittagong, 25 Sukarelawan Turun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd