• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Larangan Terima Organ, Darah Bukan Islam – Mufti

oleh Ahmad Albab
13/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tidak ada larangan untuk memindahkan organ seseorang yang bukan beragama Islam kepada tubuh seseorang yang beragama Islam, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Katanya, ini kerana anggota seseorang itu tidak bersifat dengan Islam atau kufur sebaliknya hanya alat yang digunakan oleh manusia untuk melaksanakan tuntutan akidah dan manhajnya dalam kehidupan.

“Apabila sesuatu bahagian anggota berpindah daripada seorang non-Muslim (bukan Islam) kepada seorang Muslim, maka anggota tersebut menjadi sebahagian daripada tubuh badan Muslim tersebut.

“Seterusnya, anggota tersebut digunakan untuk menunaikan tanggungjawabnya, seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT,” katanya menerusi catatan di laman Facebooknya, Ahad.

Berkenaan dengan persoalan sama ada pendermaan darah dari seseorang bukan Islam yang mungkin memakan makanan tidak halal seperti khinzir, Dr Zulkifli menyatakan bahawa hukumnya ialah ‘dibolehkan’ kerana ia adalah darah dan bukan lagi zat khinzir atau ‘ain’ khinzir secara total.

Justeru, katanya tidak menjadi kesalahan untuk menderma darah walaupun seseorang bukan Islam itu memakan makanan seperti khinzir.

Beliau turut menyarankan agar penderma darah diberi penghargaan dan sedikit keistimewaan agar kempen derma darah dapat disemarakkan di samping bekalan darah negara sentiasa mencukupi bahkan melebihi keperluan.

Di akhir catatan itu, Dr Zulkifli turut berkongsi semula keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Keempat yang bersidang pada 13 dan 14 April 1982 yang telah membincangkan derma darah dan penggunaan darah orang Islam kepada orang bukan Islam dan sebaliknya.

Katanya, Muzakarah itu telah memutuskan bahawa hukum menderma darah adalah harus dan tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam. – BERNAMA

Tags: derma darahMufti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

24/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim tampil mempersoalkan sikap membisu golongan mufti dan ulama tempatan...

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

Normalisasi Budaya Songsang Lemahkan Maruah, Integriti Moral Muslim – Mufti

01/12/2025
0

SHAH ALAM – Normalisasi budaya songsang memberi kesan besar termasuk melemahkan maruah dan integriti moral seorang Muslim serta membuka ruang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd