• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kes Denggi Terbaru Di Bukit Jalil – Zolkples

oleh Ahmad Albab
20/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada kes penularan wabak denggi terbaru dilaporkan di Bukit Jalil yang menjadi venue utama penganjuran Sukan SEA menjelang temasya dwitahunan itu bermula 19 hingga 31 Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong memberi jaminan dengan berkata langkah agresif sudah diambil pelbagai pihak termasuk Kementerian Kesihatan, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

“Sudah tentu kita khuatir dengan apa yang berlaku, namun dengan penglibatan semua pihak kita telah berjaya menangani isu yang dihadapi.

“Buat masa ini tiada ancaman denggi yang akan mengganggu persediaan kita bagi menghadapi Sukan SEA,” katanya selepas perasmian Seminar Ketua Kontinjen Negara (CDM) Sukan SEA ke-29 di sini, hari ini.

Secara keseluruhannya, seminar dua hari yang bermula hari ini dihadiri oleh sembilan CDM negara yang bertanding dan dua wakil dari Indonesia dan Thailand.

Berhubung Buku Panduan Teknikal Sukan SEA yang masih belum diedarkan, Zolkples mengesahkan berlaku sedikit kelewatan dan akan diedarkan kepada negara bertanding selewat-lewatnya akhir bulan ini.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo yang tampil menjawab isu berkenaan berkata kelewatan itu disebabkan ia memerlukan kelulusan daripada persatuan sukan antarabangsa terlebih dahulu.

“Kita perlu mengikut protokol ini walaupun perlu mengambil lebih masa dan ia di luar bidang kuasa MOM,” katanya.

Buku Panduan Teknikal Sukan SEA biasanya digunakan negara luar yang bertanding untuk menge­tahui selok-belok penganjuran, misalnya peraturan atau syarat pertandingan dan nama delegasi teknikal. – BERNAMA

Tags: denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd