• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kematian Jangkitan Rotavirus Direkodkan Di Kedah

oleh Ahmad Albab
08/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada kematian direkodkan akibat jangkitan Rotavirus di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah dan kesemua pesakit berada dalam keadaan stabil.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga Isnin lepas), jumlah kumulatif kes adalah 49 iaitu 39 kes dari Kedah, enam (Pulau Pinang) dan empat (Perlis) dan melibatkan pesakit berumur 10 bulan hingga 63 tahun.

“Daripada jumlah ini, enam pesakit (12.2 peratus) disahkan positif Rotavirus dan sehingga hari ini, 31 pesakit masih dirawat di hospital kerajaan dan swasta,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Susulan itu, katanya, Kementerian Kesihatan menutup sementara pusat rekreasi tersebut bagi siasatan dan kerja pembersihan.

Dr Noor Hisham berkata selain mengambil kesemua lapan sampel kolam air panas pelbagai suhu, kementerian juga mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada semua fasiliti kesihatan awam dan swasta di daerah dan negeri berdekatan lokaliti kejadian.

Beliau turut menyarankan ibu bapa untuk membawa anak-anak yang mengalami cirit-birit dan pernah mandi di pusat rekreasi itu antara 25 Jan hingga 3 Feb lepas untuk rawatan dan nasihat doktor. – BERNAMA

Tags: Rotavirus
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Minta’ Tempoh 1 1/2 Tahun Tamat Zaman Janda

Next Post

Sayang Parut, Mangsa Tolak Pembedahan

Related Posts

Dataran 1Malaysia Di Klebang Bebas Rotavirus

10/03/2017
0

MELAKA - Jabatan Kesihatan Melaka hari ini mengesahkan tiada jangkitan Rotavirus yang berpunca daripada air pancut di Dataran 1Malaysia, Klebang...

Melaka Tunggu Ujian Kedua Siasat Kes Rotavirus

23/02/2017
0

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka membuat ujian makmal kedua bagi menyiasat dakwaan terdapat kes Rotavirus di negeri ini seperti yang...

Next Post

Sayang Parut, Mangsa Tolak Pembedahan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd