• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Bom Dalam Kereta Ditinggal Semasa LTdL

oleh
26/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERI ISKANDAR – Tiada bom atau bahan kimia ditemukan di dalam sebuah kereta yang ditinggalkan seorang lelaki di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Bota Kiri di sini, kata Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt. Mohamad Zainal Abdullah.

Beliau berkata pemeriksaan oleh sebuah robot milik Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia dari Bukit Aman hanya menemukan sebilah parang dalam kereta jenis Mercedez Benz itu.

“Semasa kejadian anggota polis bertugas yang menjaga laluan perlumbaan Le Tour De Langkawi (LTdL) melihat sebuah kereta berhenti di simpang lampu isyarat sebelum ternampak seorang lelaki keluar dari kereta itu.

“Lelaki berkenaan kemudiannya menjerit terdapat bom di dalam keretanya sebelum dia melarikan diri menaiki kereta rakannya,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Tambahnya kereta tersebut yang tidak mempunyai nombor pendaftaran di bahagian hadapan serta belakang telah ditunda ke Ibu Pejabat Daerah Perak Tengah untuk siasatan lanjut kira-kira pukul 7.40 malam ini.

Mohamad Zainal berkata suspek berkenaan yang merupakan penduduk tempatan telah menyerah diri kepada pihak polis di lokasi insiden kira-kira satu jam selepas kejadian.

Katanya siasatan awal mendapati suspek mepunyai dua rekod lampau masing-masing melibatkan kes dadah serta curi kenderaan dan telah ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah.

Beliau berkata lokasi insiden merupakan laluan LTdl peringkat keempat yang bermula di Manjung dan kejadian berkenaan terjadi kira-kira 15 minit selepas kumpulan pelumba terakhir melalui kawasan tersebut.

“Suspek dipercayai mengekori pelumba LTdL dari jarak jauh namun motif sebenar kejadian masih lagi disiasat,” katanya.

Pemeriksaan oleh robot yang dibawa ke lokasi kejadian kira-kira pada pukul 4.30 petang turut mengambil masa selama hampir dua jam dan memaksa laluan ditutup kira-kira dua jam bermula pada pukul 5 petang untuk memastikan keselamatan orang ramai. – BERNAMA

Tags: BomLTdLpalsu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd