• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Throne Of Thorns’, Gabungan Makyong & Karya Shakespeare

oleh AK-47
16/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu usaha yang berani dan luar biasa – mengadun karya penulis dan dramatis terkenal Inggeris William Shakespeare dalam drama-tari tradisional Kelantan, Mak Yong.

Pengarah teater, Norzizi Zulkifli, 41, berkata ini adalah karya arahan terbaru beliau berjudul ‘Throne of Thorns’.

Ia merupakan sebuah persembahan teater kontemporari yang menggunakan teknik persembahan pentas Makyong yang menerapkan karya Shakespeare, ‘The Tempest’ sebagai jalan ceritanya.

Teater yang bakal dipentaskan di Panggung Eksperimen Akademi Seni dan Warisan (Aswara) pada Jumaat hingga Ahad ini (17 hingga 19 Feb) dihasilkan oleh Norzizi bagi melengkapkan pengajiannya di peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) Persembahan Teater di Universiti Wollongong, Australia.

Norzizi adalah puteri kepada pasangan pelakon terkenal Zulkifli Zain dan Normala Omar.

“Projek ini berdiri atas sifat akademik dan pertukaran budaya antara pelajar Malaysia dengan Australia.

“Teater gabungan budaya ini memberi ruang dalam menyaksikan bagaimana kreativiti ‘avant-garde’ (bersifat baharu, progresif dan luar biasa) berlangsung tetapi masih mengangkat dan mengguna pakai elemen tradisi sebagai kekuatan kemodenan,” kata Norzizi kepada Bernama.

Menurut beliau, teater ‘Throne of Thorns’ ini melibatkan 10 pelakon terdiri daripada graduan Seni Persembahan dari School of Arts, English and Media, Faculty of Law, Humanities and the Arts University of Wollongong.

“Dalam pada itu, bagi menyuntik lagi elemen Kemelayuan dalam teater ini, saya memilih aktivis teater, Zamzuriah Zahari dan Baisah Husin bersama barisan pelakon dari Australia ini,” katanya yang dibantu oleh Kraig Grady, seorang komposer dan pemuzik profesional dari Australia.

Throne of Thorns mengisahkan Raja yang telah kehilangan kuasa dan takhta setelah dirampas oleh adik kandungnya, Tamak.

Selepas 12 tahun berlalu, Raja merancang bersemuka dengan adiknya bagi membalas dendam.

Teater ini terbahagi kepada tujuh bahagian iaitu Kapal Karam (The Shipwreck), Rahsia Tersembunyi (The Hidden Secret), Kuasa (The Power of The Master), Konspirasi (The Conspiracy), Rancangan (The Planning), Kuasa Cinta (The Magic of Love) dan Perdamaian (The Revelation).

Orang ramai boleh mendapatkan tiket persembahan teater ini di Aswara dengan harga RM20 dan RM10 atau boleh menghubungi talian 016-9719701 (Hanura), 012-2931302 (Zaza) atau e-mel [email protected]. – BERNAMA

Tags: teaterThrone Of Thorns
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kisah Hidup Lionel Messi Bakal Dibawa Ke Pentas Teater

11/10/2018
0

PRODUKSI teater popular Cirque du Soleil bakal mementaskan kisah hidup pemain bola sepak terkenal, Lionel Messi tidak lama lagi. Pementasan...

Tiara Jacquelina Bakal Arah Muzikal OlaBola

17/05/2017
0

JIKA anda telah menonton dan menyukai filem OlaBola, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton adaptasi filem tersebut di atas pentas teater tahun hadapan. Dibawakan oleh Enfiniti,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd