KUALA LUMPUR – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-245 di Istana Negara di sini.
Mesyuarat selama dua hari yang bermula hari ini dihadiri Raja-Raja Melayu termasuk Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra.
Kedah dan Johor, masing-masing diwakili Raja Muda Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Pada mesyuarat yang bermula 10.30 pagi itu, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing.
Semua Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah turut hadir pada mesyuarat itu dengan diiringi Ketua Menteri masing-masing. – BERNAMA

