• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Melecur Lepas Bakar Motosikal Isteri Curang

oleh AK-47
23/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Tindakan seorang suami membakar motosikal isterinya mengundang padah apabila anggota badannya disambar api di Kampung Tok Pulau, Perlis.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Selasa lalu, suspek yang berusia 32 tahun menyimbah petrol ke atas motosikal isterinya sebelum api menyambar tong petrol ditangannya.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku apabila suspek tidak berpuas hati selepas mengetahui isterinya telah melahirkan anak dipercayai hasil hubungan terlarang.

Lebih menambahkan kemarahan suspek apabila isterinya mahu anak hasil bersama lelaki lain berbinkan nama suspek dalam sijil kelahiran bayi berkenaan.

Bermula dari pertengkaran mulut, suspek mula bertindak ganas kerana berasa tercabar dengan perbuatan isterinya yang dikatakan sangat melampaui batas agama.

Media tempatan melaporkan, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, suspek melecur hampir 50 peratus di bahagian belakang badan dan berjaya ditangkap penduduk kampung sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Menurutnya, siasatan mendapati pasangan suami isteri itu tinggal berasingan sejak dua tahun lalu dan pada masa sama isteri suspek menjalinkan hubungan bersama lelaki lain.

Suspek kini menerima rawatan di Hospital Fauziah (HTF) dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api. – MYNEWSHUB.CC

Tags: curangisterisuamiTerbakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

Hutan Paya Gelam, Pagoh Seluas 54 Hektar Pula Terbakar

Hutan Paya Gelam, Pagoh Seluas 54 Hektar Pula Terbakar

08/02/2026
0

MUAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) mengesan satu lagi kebakaran semalam membabitkan kawasan hutan Paya Gelam, Mukim Jorak, Pagoh seluas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd