• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Status Setiausaha Kedua Kedutaan Jadi Teka-Teki

oleh AK-47
23/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hyon Kwang-song, yang dikenal pasti polis sebagai Setiausaha Kedua di Kedutaan Korea Utara di Malaysia, dan sedang dicari untuk membantu siasatan berhubung kematian Kim Jong-nam, tidak tersenarai sebagai staf kedutaan itu.

Semakan Bernama terhadap senarai Perwakilan Diplomatik dan Konsul Malaysia yang terdapat dalam laman sesawang Kementerian Luar menunjukkan individu yang menyandang jawatan setiausaha kedua di kedutaan itu bernama Yu Yong Nam.

Senarai yang kali terakhir dikemas kini pada Disember lepas itu mengandungi nama mereka yang bertugas di Kedutaan dan Suruhanjaya Tinggi di Malaysia.

Tidak jelas bilakah Kwang-song mula berkhidmat di kedutaan itu. Bagaimanapun, Duta Besarnya disenaraikan sebagai Kang Chol, iaitu Duta Besar sekarang. Kesemuanya terdapat 14 nama termasuk nama duta besar itu dalam senarai berkenaan.

Bagaimanapun ketika dihubungi, jurucakap Kementerian Luar memberitahu Bernama bahawa maklumat yang terkandung dalam senarai itu diberi Kedutaan Korea Utara dan bukan daripada kementerian itu.

Panggilan telefon ke kedutaan itu untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara tersebut tidak dijawab.

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar hari ini berkata seorang daripada dua suspek yang dikehendaki berhubung siasatan kematian abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un itu Isnin lepas, dikenal pasti sebagai Setiausaha Kedua di Kedutaan Korea Utara di Malaysia.

Selain Hyon Kwang-song, 44, seorang lagi suspek yang sedang dicari polis ialah pekerja syarikat penerbangan Korea Utara, Koryo Air, dikenal pasti sebagai Kim Uk-il, 37.

Pada 13 Februari, Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) sekitar 8 pagi untuk menunggu penerbangan ke Macau apabila seorang wanita datang dari arah belakang dan menekup mukanya dengan kain dipercayai mengandungi racun.

Jong-nam, yang tiba di Malaysia dari Macau pada 6 Februari, mendapatkan bantuan di kaunter perkhidmatan dan segera dihantar ke Hospital Putrajaya, tetapi dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan. – BERNAMA

Tags: Hyon Kwang-songkes bunuhKim Jong-NamKorea Utara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemandu Bas Maut Serangan Jantung Masa Bertugas

Next Post

Pakar Jantung Dituduh Lari Cukai RM2.7 Juta

Related Posts

Kes Bunuh Di Pondok Cherok Tokun: Lelaki Warga Emas Direman 7 Hari

Kes Bunuh Di Pondok Cherok Tokun: Lelaki Warga Emas Direman 7 Hari

30/04/2025
0

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga emas direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh di sebuah pondok di...

Kegigihan Mangsa Bunuh Berniaga Di Kuantan Dirakam Secara Kebetulan Pelanggannya

Kegigihan Mangsa Bunuh Berniaga Di Kuantan Dirakam Secara Kebetulan Pelanggannya

16/02/2025
0

KUALA LUMPUR : Ramai warga Kuantan mengakui sering melihat Norshamira Zainal wanita yang ditemui meninggal dunia di tepi sungai berhampiran...

Next Post

Pakar Jantung Dituduh Lari Cukai RM2.7 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd