• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Johor Tahan Bekas Pegawai Kewangan

oleh AK-47
17/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang bekas pegawai kewangan sebuah syarikat swasta ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor hari ini kerana dipercayai mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM720,000.

Penahanan lelaki berusia 33 tahun itu dilakukan pada 1 tengah hari ini ketika hadir di ibu pejabat SPRM negeri di sini untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes terbabit.

Menurut sumber, suspek dipercayai mengemukakan tuntutan palsu berhubung import dan eksport bahan kimia itu dari 2014 hingga 2016.

Menurutnya, setakat ini, kira-kira RM430,000 daripada nilai tuntutan yang dibuat telah berjaya dikesan oleh pasukan siasatan dan percaya terdapat lagi wang yang disembunyikan suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun atau lima kali ganda nilai suapan, mengikut mana yang lebih tinggi.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru esok untuk permohonan reman. – BERNAMA

Tags: Pegawai KewanganSPRM Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPDNKK Urus Pembayaran Subsidi Minyak Masak

Next Post

‘Sayalah Naruto Sebenar’ – Fazreeq Naruto Suhairi

Related Posts

Kenal Pasti Kelemahan Dalam Prosedur Perumahan

20/04/2017
0

ISKANDAR PUTERI - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti beberapa kelemahan dalam sistem dan prosedur perumahan Bumiputera Johor, yang...

Kes Rasuah Johor: Beberapa Individu Dijangka Didakwa

19/04/2017
0

JOHOR BAHRU - Beberapa individu dijangka akan didakwa berhubung kes rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini dalam tempoh terdekat....

Next Post

'Sayalah Naruto Sebenar' - Fazreeq Naruto Suhairi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd