• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Pemberian BR1M Perlu Dikaji Semula – Nazri

oleh
26/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG RENGAS – Sistem pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) perlu dikaji semula bagi mengelak penerima menunggu lama untuk mendapatkan wang bantuan itu, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Sehubungan itu, Mohamed Nazri berkata beliau akan mencadangkan kepada Jemaah Menteri supaya penerima hanya menggunakan kupon dengan nombor bersiri untuk mendapat wang bantuan.

“Melalui pemberian kupon dengan nombor bersiri itu, ia memudahkan penerima menukar terus kepada wang tunai berbanding sekarang diberikan kupon nombor, (penerima) beratur untuk mengambil baucer dan kemudian ditukar dengan wang tunai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyampaian BRIM 2017 peringkat Parlimen Padang Rengas kepada 1,500 penerima di sini hari ini.

Mohamed Nazri yang juga anggota Parlimen Padang Rengas berkata pemberian bantuan rakyat itu juga perlu dibuat di banyak tempat terutama di peringkat mukim/kampung.

“Sekarang ini pemberian BRIM di peringkat parlimen kita buat sebanyak empat kali dan kalau boleh lepas ini dibuat di banyak tempat bagi memudahkan rakyat mengambil wang tersebut di samping mengurangkan kesesakan,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Nazri berkata ramai rakyat datang untuk mengambil BRIM dan ini sekali gus membuktikan rakyat menyambut baik usaha kerajaan untuk membantu mereka.

“Walaupun bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata BRIM adalah rasuah, ia membuktikan cakap beliau itu tidak betul kerana beberapa negara lain turut melaksanakan perkara yang sama kepada rakyat mereka.

“Kalau mereka rasa BRIM itu rasuah, mereka (rakyat) tidak akan datang mengambilnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: BR1MNazri Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

11/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai...

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

09/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 Ketua Perwakilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd