• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Proses Pil Ekstasi Terbesar Di Selangor Tumpas

oleh AK-47
17/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket memproses pil ekstasi terbesar di Selangor dengan penahanan dua suspek bersama bahan-bahan memproses pil berkenaan di sebuah rumah teres dua tingkat di Setia Alam di sini, pada Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, ACP Amran Ramli berkata ketika serbuan pukul 6.15 petang itu, seorang suspek berumur 41 tahun, dipercayai dalang sindiket terbabit serta seorang pekerja berumur 33 tahun sedang leka memproses pil berkenaan.

Menurutnya, dalam serbuan itu sejumlah 6,437 biji pil ekstasi, 93.5 kilogram (kg) serbuk disyaki dadah ekstasi, 235.2 gram serbuk dan ketulan dadah disyaki syabu, 109 gram serbuk kafien dan sejumlah 265kg serbuk precussor (serbuk untuk campuran dadah sintetik) dirampas.

“Jumlah keseluruhan dadah dan alatan yang dirampas bernilai kira-kira RM12.5 juta dan melihat kepada jumlah bahan yang dirampas ini polis percaya mereka mampu memproses sehingga 300,000 biji pil ekstasi yang semuanya dipercayai untuk pasaran tempatan.

“Turut dirampas dalam serbuan itu sebuah kenderaan mewah jenis BMW 7 Series dan sebuah Volkswagen Passat, kedua-duanya dianggarkan bernilai RM200,000,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Difahamkan sebiji pil ekstasi dijual pada harga RM35 di pasaran tempatan.

Amran berkata serbuan berkenaan yang merupakan terbesar pada tahun ini adalah hasil intipan selama enam bulan oleh pasukannya ke atas sindiket terbabit.

“Melalui siasatan awal, sindiket ini dipercayai telah beroperasi selama setahun di rumah sewa berkenaan,” katanya.

Menurutnya, usaha untuk mengesan saki baki anggota sindiket itu sedang giat dijalankan dan kedua-dua suspek direman sehingga 21 Februari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: Pil Ekstasisindiket
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pilihan Raya Sarawak Aman, Tanpa Kejadian Buruk

Next Post

Enggan Bayar Bil Rawatan, Lelaki Serang Doktor ER

Related Posts

Sindiket Pelaburan Palsu ‘Ah Kit’ Tumpas Di Negeri Sembilan

Sindiket Pelaburan Palsu ‘Ah Kit’ Tumpas Di Negeri Sembilan

01/05/2025
0

SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan dalam talian membabitkan kumpulan 'Ah Kit' menerusi serbuan di sekitar...

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

18/03/2025
0

Kepala Batas: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja di utara Semenanjung selepas merampas...

Next Post

Enggan Bayar Bil Rawatan, Lelaki Serang Doktor ER

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd