• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shell Malaysia Lancar Minyak Skuter Baharu

oleh AK-47
05/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. melancarkan tiga minyak skuter baharu untuk terus menjadi peneraju dalam penyelesaian pelincir bagi motosikal, kata Pengarah Urusan Shairan Huzani Husain.

Beliau berkata buat masa ini syarikat menguasai 30 peratus bahagian pasaran bagi pelincir kenderaan dan motosikal.

“Skuter merupakan kira-kira 11 peratus daripada jumlah motosikal di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 12 juta dan kami harap dapat memenuhi permintaan mereka,” kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran minyak tersebut di sini hari ini.

Produk baru itu ialah Shell Advance 4T Ultra Scooter, Shell Advance 4T AX 7 dan Minyak Gear Skuter Shell Advance yang kesemuanya sintetik penuh.

Minyak tersebut memiliki ciri-ciri Teknologi PurePlus dan Teknologi Pembersihan Akfif, yang membersihkan enjin lebih baik dan mengekalkan penstabilan pengoksidaan lebih lama daripada minyak konvensional.

Harga runcit bagi minyak skuter ialah antara RM12 dan RM68.70 seliter.

Sementara itu, Shairan berkata, Shell Malaysia merancang untuk meningkatkan jumlah pusat Shell Advance MotoCare Express (SAMCE) di stesen Shell yang terpilih tidak lama lagi berbanding hanya dua SAMCE buat masa ini.

“Syarikat kini menjalankan pengujian terhadap perkhidmatan tersebut di 12 stesen di Lembah Klang, pantai timur, serta di wilayah utara dan selatan Semenanjung Malaysia.

“Perkhidmatan penyelenggaraan itu hanya untuk motosikal yang mempunyai enjin berkuasa bawah 250 cc. Ia merupakan satu penambahan baharu yang penting kepada pusat sehenti bagi pengguna jalan raya.

“SAMCE, yang pantas, menyenangkan, mudah dikunjungi dan pada harga berpatutan, diharapkan dapat membantu para penunggang motosikal mengekalkan prestasi kenderaan dua roda mereka dalam keadaan yang baik,” katanya. – BERNAMA

Tags: minyakskuter
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kementerian Nafi Surat Isu Dadah Strawberi Di Sekolah

Next Post

Malaysia Tuntut Semak Semula Keputusan Batu Puteh

Related Posts

Pelaburan Minyak, Gas Kekal Menguntungkan

Pelaburan Minyak, Gas Kekal Menguntungkan

20/12/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia terus mengekalkan daya saing dalam sektor minyak dan gas, dengan harga pulangan modal (break-even) bagi telaga...

Tiada Bukti Berlaku Pemindahan Minyak Iran Di Luar Pesisir Malaysia – PM

Tiada Bukti Berlaku Pemindahan Minyak Iran Di Luar Pesisir Malaysia – PM

14/05/2024
0

DOHA : Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada sebarang bukti menunjukkan berlakunya pemindahan dari kapal ke kapal membabitkan minyak Iran...

Next Post

Malaysia Tuntut Semak Semula Keputusan Batu Puteh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd