• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas Tembak Bekas Isteri, Tembak Pula Diri Sendiri

oleh AK-47
04/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki menembak mati bekas isterinya sebelum dia menembak pula dirinya hingga mati di Tingkat 16, Menara Centara di Jalan Chow Kit di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa berkata kejadian berlaku pada 3.15 petang tadi.

Beliau berkata seorang lelaki dilapor datang ke pejabat bekas isterinya yang merupakan kakitangan sebuah firma di bangunan itu.

“Berlaku pertengkaran antara mereka sebelum lelaki tersebut melepaskan kira-kira empat das tembakan terhadap mangsa. Dua tembakan mengenai bahagian belakang dan paha kanan mangsa sebelum suspek menembak pula dirinya di kepala,” katanya kepada pemberita di lokasi kejaian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek berusia 51 tahun datang ke pejabat bekas isterinya yang berumur 46 tahun dengan membawa pistol dan sebilah parang kira-kira 2.50 petang.

Rusdi berkata ketika kejadian, di pejabat mangsa terdapat kira-kira lebih 20 kakitangan, bagaimanapun kesemua mereka selamat dan tidak mengalami kecederaan.

“Berdasarkan maklumat awal, suspek dan mangsa telah bercerai sejak lima tahun lepas dan mempunyai tiga orang anak berumur antara 16 hingga 24 tahun.

“Suspek sebelum ini pernah mengganggu mangsa dan mangsa telah membuat laporan polis,” katanya.

Mengenai motif sebenar kejadian, beliau berkata pihaknya masih menjalankan siasatan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu seorang saksi kejadian Mohd Rafiq Mohd Shahril, 37, yang bekerja sebagai kerani di tingkat tujuh bangunan itu berkata dia pada mulanya menyangka bunyi tembakan itu adalah bunyi mercun.

“Ketika itu saya berada di dalam pejabat, tiba-tiba saya terkejut dengar bunyi seakan mercun yang kuat.

“Bagaimanapun sangkaan saya meleset apabila rakan saya memaklumkan telah berlaku kes tembak di tingkat 16. Tidak lama kemudian pengawal keselamatan mengarahkan kami agar mengosongkan bangunan itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd