• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesesakan Di Cameron, Segera Bina Jalan Alternatif

oleh AK-47
17/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu jalan alternatif menghubungkan Habu dengan Tringkap di sini, dibina secepat mungkin.

Menurut baginda, pembinaan jalan alternatif sepanjang 20 kilometer itu diharap dapat mengurangkan kesesakan di sekitar Tanah Rata dan Brinchang.

“Minta jasa baik Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Menteri Besar (Datuk Seri Adnan Yaakob) mempercepatkan projek ini,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam sidang media selepas melawat Kampung Desa Kayangan dan ramah mesra bersama penduduk di Brinchang di sini hari ini.

Namun Tengku Abdullah berharap pembinaan laluan alternatif itu dibuat tanpa perlu menarah bukit di situ.

Selain itu, baginda mahu kerajaan negeri berusaha mencari peruntukan untuk membina lebih banyak loji air selain menukar paip air lama seiring dengan pembangunan semasa.

“Harap kerajaan negeri dapat mengambil kira permintaan penduduk khususnya yang berkaitan dengan masalah kekurangan bekalan air,” titah baginda.

Sementara itu, Tengku Abdullah bertitah projek penempatan semula peniaga di Kea Farm yang terlibat dalam kebakaran bulan lalu dijangka siap dalam masa enam hingga lapan bulan bergantung kepada keadaan cuaca.

Dalam kebakaran 20 Jan lalu, sebanyak sembilan kedai termasuk yang menjual buah-buahan serta restoran musnah terbakar.

Mengenai permintaan penduduk Kampung Desa Kayangan mendapatkan lot rumah, Tengku Abdullah bertitah perkara itu akan dibawa untuk perhatian kerajaan negeri. – BERNAMA

Tags: jalan alternatifTengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Abdullah Sah Dimasyhurkan Sultan Pahang

12/01/2019
0

RASMI... Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah disahkkan bakal dilantik sebagai Sultan Pahang yang keenam bagi menggantikan ayahanda...

‘Daulat Tuanku!’ Cetus Spekulasi Sultan Pahang Baru

11/01/2019
0

DEBARAN... "Sama-sama," demikian reaksi spontan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kepada petugas media selepas menerima ucapan 'Tahniah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd