• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Sedih’ Ramai Bangla Tak Mahu Kerja Di Malaysia?

oleh Ahmad Albab
22/02/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebelum ini mereka hentam kerajaan kerana dakwa ramai warga asing bekerja di Malaysia, tetapi hari ini mereka menghentam kerajaan kerana dakwa ramai pekerja asing tak minat bekerja di Malaysia.

Itu sikap jelas pemimpin pembangkang yang sentiasa bercakap berbolak-balik tentang sesuatu isu di Malaysia demi mencapai objektif mereka untuk memburuk-burukkan imej kerajaan negara ini.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan hari ini seolah-olah melahirkan rasa kesal kerana mendakwa ramai warga asing tidak lagi berminat bekerja di Malaysia.

Beliau mendakwa warga asing termasuk dari Bangladesh dan Filipina tidak lagi berminat bekerja di Malaysia kerana kononnya keadaan ekonomi negara tidak stabil.

“Warga asing seperti Bangladesh dan Filipina juga tidak tertarik untuk bekerja di sini lagi kerana keadaan ekonomi semakin tidak stabil.

“Ringgit juga kini tewas kepada mata wang serantau yang lain walaupun kita kaya dengan pelagai jenis sumber negara,” dakwanya dalam kenyataan itu hari ini.

Justeru, Zuraida meminta Ketua Audit Negara yang baharu, Tan Sr. Dr. Madinah Mohamad membantu pembangkang menumbangkan kerajaan Malaysia yang didakwa korup hingga menyebabkan ekonomi negara tidak stabil.

Umum bagaimanapun mengetahui bahawa kemelut ekonomi bukan saja sedang dialami Malaysia, sebaliknya kebanyakan negara lain turut mengalaminya yang disebabkan oleh faktor global.

Dakwaan beliau warga asing tidak lagi berminat bekerja di Malaysia kerana ekonomi Malaysia tidak stabil juga tidak berasas kerana kerajaan sentiasa mengawal kebanjiran pekerja asing di Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bangladeshwarga asingZuraida Kamaruddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

25/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur 87 premis hiburan seluruh negara melalui Op Noda yang dijalankan Jumaat dan Sabtu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd