• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sedia Kongsi Maklumat Agen Saraf VX Dengan PBB

oleh Ahmad Albab
01/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sedia berkongsi maklumat dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berhubung agen saraf VX yang menyebabkan kematian warga Korea Utara Kim Jong-nam di Malaysia, sekiranya dibenarkan Kementerian Luar, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia mengalu-alukan cadangan PBB untuk polis membantu menyediakan maklumat dalam kes ini.

“Kita sedia berkongsi maklumat dengan PBB sekiranya Wisma Putra mengizinkan kami berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Britain seperti yang dilaporkan media antarabangsa semalam yang mahu Malaysia berkongsi bukti dengan PBB mengenai serangan agen saraf VX itu ke atas Jong-nam.

Duta Britain di PBB, Matthew Rycroft memberitahu pemberita bahawa maklumat mengenai serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb lalu yang menyebabkan kematian Jong-nam seharusnya dihantar kepada Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) yang berpangkalan di Hague, Belanda dan Majlis Keselamatan PBB.

Ditanya sama ada PDRM bersedia menerima bantuan daripada PBB berhubung siasatan kes pembunuhan Jong-Nam, Khalid berkata PDRM akan meneliti dahulu bentuk bantuan yang ditawarkan sebelum membuat keputusan.

“Tengoklah dulu apa bantuan yang ditawarkan,” katanya.

Khalid sebelum ini berkata agen saraf VX telah digunakan dalam pembunuhan Jong-nam.

Jong-nam berada di klia2 pada 13 Feb lepas untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dihampiri dua wanita dan mereka menyapu muka Jong-nam dengan tapak tangan mereka yang mengandungi cecair beracun.

Jong-nam, yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol ketika itu, mendapatkan bantuan di kaunter khidmat pelanggan di lapangan terbang itu dan segera dihantar ke Hospital Putrajaya namun meninggal dunia semasa dalam perjalanan. – BERNAMA

Tags: Agen Saraf VXkhalid abu bakar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Chong Wei Sah Beraksi Di All England Mac Ini

Next Post

Hans Isaac Bakal Kahwini Ratu Cantik

Related Posts

Selepas Hamid Bador, Kini Khalid Abu Bakar Pula

05/05/2021
0

PADA 22.4.2021 bekas Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah hantar surat tuntutan (LOD) kepada Tun M. Ia ekoran...

Khalid Abu Bakar Saman Mahathir, Tuntut RM10 Juta

04/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan undang-undang ke atas Tun Dr Mahathir...

Next Post

Hans Isaac Bakal Kahwini Ratu Cantik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd