• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Nak Tahu Juga Datuk Mana” – Zara Zya

oleh Ahmad Albab
13/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON – Zara Zya terkejut apabila timbul gosip kononnya dia diintai seorang lelaki bergelar Datuk yang ingin mendekatinya.

Zara, 32, berkata, dia juga tidak tahu siapa sebenarnya identiti lelaki dimaksudkan dan hanya mengetahui mengenai perkara itu menerusi laporan ruangan gosip sebuah akhbar mingguan baru-baru ini.

“Saya pun tak tahulah Datuk mana yang ingin berkenalan dan sedang memerhatikan saya di laman sosial seperti diperkatakan.

“Hendak juga saya tahu siapa individu dimaksudkan itu tetapi setakat ini tiada pula saya dapat panggilan atau mesej daripada sesiapa yang ingin berkenalan dengan saya,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Zara mengulas mengenai gosip kononnya dia menjadi perhatian seorang Datuk bergelar ahli perniagaan yang meminatinya sejak dia muncul dalam drama berjudul Kerana Anisa.

Malah lelaki berkenaan dikhabarkan mula meminta pegawai peribadinya mengintai Instagram Zara semata-mata ingin memantau aktiviti harian wanita itu.

Dalam pada itu, Zara berkata, dia tidak mengambil terlalu serius mengenai perkara itu kerana merasakan ia gosip biasa yang perlu dilalui oleh seorang artis.

“Saya hendak komen lebih pun saya sendiri tak tahu siapa orangnya dan saya pun tak mahu terlalu memikirkannya kerana nama pun gosip,” ujarnya.

Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Zara berkata, dia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Hola Hermosa untuk siaran RTM.

Katanya lagi, dia juga akan berangkat ke Mexico selama tiga minggu untuk menjalani penggambaran drama itu di negara tersebut.

“Drama bersiri ini sebanyak 26 episod dan ia sangat menarik kerana ia mempunyai tiga kisah berbeza yang akan membuatkan penonton tertarik.

“Baki penggambaran akan dilakukan di Mexico dan Insya-Allah kami akan berangkat dalam masa terdekat,” ujarnya.

Selain itu, Zara berkata, dia juga baharu selesai menjalani penggambaran telefilem berjudul Cupid bersama Hisyam Hamid untuk siaran Astro. – mStar Online

Tags: pelakonZara Zya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd