• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya & Isteri Seperti Masih Berbulan Madu” – Amir

oleh Ahmad Albab
03/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAWAK Amir (Raja Lawak) tidak berasa tertekan apabila perkahwinannya dengan Nur Intan Syafinaz Shaari masih belum dikurniakan cahaya mata dan bersabar dengan ujian itu.

Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 29, berkata, walaupun sering ditanya mengenai hal sedemikian namun dia sentiasa tenang kerana rezeki mereka untuk menimang cahaya mata belum tiba.

“Kalau diikutkan memang saya mahu timang anak tetapi Allah belum beri rezeki lagi jadi saya letakkan perkara itu kepada rezeki.

“Seronok juga kalau ada anak di rumah tetapi saya tidak berasa tertekan apabila ditanya soal itu kerana saya anggap pertanyaan itu perkara biasa,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.

Amir dan Intan, 23, berkahwin pada 14 Mac 2015.
Amir dan Intan, 23, berkahwin pada 14 Mac 2015.

Dalam pada itu, Amir berkata, dia tidak melihat perkara itu sebagai kekurangan sebaliknya menganggap ia mempunyai hikmah tersendiri apabila belum diberi rezeki anak.

Amir dan isteri menyerahkan soal anak kepada rezeki.

Ini kerana kata Amir, dia dapat memberikan tumpuan kepada isterinya malah menyifatkan hubungan mereka masih dalam peringkat ‘berbulan madu’.

“Allah belum beri rezeki anak tetapi dia beri rezeki untuk saya manfaatkan masa bersama isteri dan kalau sudah ada anak nanti mungkin kami tak boleh ‘berkepit’ macam sekarang.

“Alhamdulillah saya dikurniakan seorang isteri yang cukup baik dan dia sentiasa ada di sisi malah sering ikut ke mana sahaja saya pergi.

“Tak terasa pun sudah dua tahun berkahwin tetapi rasa macam masih berbulan madu,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Amir berkata, walaupun namanya kini dilihat suram daripada sebarang publisiti namun dia bersyukur kerana tawaran mengadakan persembahan masih rancak.

Malah kata Amir, dia kini semakin kerap berlakon dan bakal terlibat dalam sebuah drama bersiri 24 episod terbitan Global Station Sdn. Bhd.

“Tahun lepas saya pernah berlakon bawah pengarah Shuhaimi Lua membawa watak sebagai gelandangan dan sejak itu rasa seronok pula berlakon.

“Alhamdulillah baru-baru ini dapat lagi tawaran berlakon selain persembahan pentas yang sentiasa tidak putus-putus.

“Walaupun tidak banyak tetapi syukur masih ada ruang untuk saya dalam industri seni,” jelasnya. – mStar Online

Tags: Amir Raja Lawakpelawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Banjir Di Pahang Semakin Pulih, Catat Pengurangan Mangsa

Next Post

Kepulangan Perogol Bersiri Timbul Persoalan

Related Posts

Pelawak, Isteri Dibebas Dengan Jaminan Polis

Pelawak, Isteri Dibebas Dengan Jaminan Polis

03/07/2024
0

Shah Alam : Pelawak serta isterinya yang ditahan polis berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah...

Hingga Ke Saat Terakhir, Nazar Mohammad Tetap Membahan Taliban

13/10/2021
0

PADA bulan Julai lalu seorang pelawak Afghanistan dibunuh oleh Taliban, tetapi apa yang dia lakukan adalah, bagi ramai pihak sebagai...

Next Post

Kepulangan Perogol Bersiri Timbul Persoalan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd