• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Sampaikan Salam Pada Kit Siang” – Nasrudin

oleh Ahmad Albab
07/02/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS tidak mahu terlibat dengan agenda individu tertentu yang mabuk kuasa dan mahu menjatuhkan individu tertentu semata-mata bagi melampiaskan dendam kesumat.

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata, PAS berhasrat membina kesejahteraan, keadilan dan kedamaian dibawah pedoman dan petunjuk Allah S.W.T di negara ini.

Justeru, kata beliau, disebabkan itu PAS tidak akan kembali bekerjasama dengan DAP yang mengetuai Pakatan Harapan walaupun diminta oleh Penasihatnya, Lim Kit Siang.

“PAS berjuang untuk menegakkan sebuah negara yang sirna dari perlaksanaan Syariat Islam.

“Kerana mempertahankan dasar dan prinsip perjuangan inilah DAP lari meninggalkan PAS. DAP memutuskan hubungan dan menyerang PAS tanpa henti dengan semangat anti Islam yang tebal dan melampau,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) baru-baru ini menandatangani perjanjian kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mahathir keluar UMNO tahun lalu gara-gara kecewa hasrat beliau mengangkat orang kanannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang baharu ditolak parti itu.

Beliau kemudian menubuhkan PPBM bagi menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai DAP untuk menumbangkan UMNO dalam pilihan raya umum akan datang.

Nasrudin dalam pada itu mempersoalkan sama ada tawaran DAP untuk kembali bekerjasama dengan PAS itu menandakan DAP dalam keadaan sangat terdesak.

“PAS tidak akan teruja dengan wayang opera bernilai murah yang sedang dipersembahkan oleh DAP hari ini. PAS punya harga diri dan maruah.

“Sampaikan salam perjuangan kami buat Kit Siang bahawa prinsip dan dasar perjuangan PAS bukan kostum untuk diperagakan di pentas opera DAP,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPNasrudin HassanPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd