• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Afiq Tak Serik Bercinta Sesama Artis

oleh Ahmad Albab
02/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KISAH hubungan singkat Raja Afiq bersama-sama pelakon Anis Al-Idrus tidak mematahkan semangat aktor itu untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan rakan selebriti.

Menurut Raja Afiq atau Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 23, kegagalan dalam percintaan lalu bukan penghalang baginya untuk mendekati mana-mana wanita termasuk di kalangan artis.

“Saya sentiasa terbuka untuk bercinta dengan sesiapa sahaja. Tak kisahlah jika jodoh saya nanti dengan artis ataupun sesiapa sahaja.

“Tak perlu serik (bercinta dengan artis) kerana hati budi setiap wanita adalah berbeza,” katanya kepada mStar Online baru-baru ini.

Bagaimanapun menurut pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz itu, dia tidak mahu terburu-buru untuk mencari pasangan hidup.

“Buat masa ini saya masih solo, selesa berkawan dengan semua orang,” katanya ringkas.

Pada Julai tahun lalu Raja Afiq dan Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al Idrus, 29, mengaku menjalinkan hubungan istimewa namun berpisah selepas kira-kira tiga bulan.

Sementara itu bercerita mengenai ciri-ciri wanita pilihannya, Raja Afiq berkata rupa paras bukanlah kriteria utama dalam mencari jodoh.

“Soal rupa tak perlu terlalu cantik, tapi biarlah sedap mata memandang.

“Tak mengapa kalau orang lain anggap tak cantik asalkan menarik di mata saya,” katanya.

Selain itu tambah Raja Afiq dia mahukan seorang wanita yang mampu memahami kerjayanya sebagai pelakon.

“Paling penting wanita itu kena faham cara saya berkerja terutama membabitkan soal masa,” katanya sambil menambah bahawa wanita yang pandai memasak merupakan bonus untuknya. – mStar Online

Tags: pelakonRaja Afiq
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd