• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Punca Kematian Jong-nam Diketahui Minggu Depan

oleh AK-47
23/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berharap punca kematian Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, akan dapat dipastikan apabila keputusan analisis bedah siasat dikeluarkan pada minggu hadapan.

Pada masa ini, beliau berkata kementerian itu sedang menanti waris terdekat mangsa untuk mengenal pasti mayat dan juga untuk memberikan sampel DNA untuk pengesahan.

“Mengenai identiti mangsa (Jong-nam), kami memerlukan bahan tambahan seperti waris terdekat, data mangsa sebelum ini, kami perlu dapatkan pengesahan mengenainya.

Setakat ini di pihak kami, punca kematian mungkin dapat dipastikan minggu depan, katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis sambutan kapal Nautical Aliya yang telah menyelesaikan misi ‘Food Flotilla for Myanmar’ dan berlabuh di Boustead Cruise Centre, di sini hari ini.

Dr. Subramaniam berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terkini berkenaan bedah siasat kes kematian Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Februari lepas.

Mengulas lanjut, Dr. Subramaniam berkata kementerian itu akan bekerja rapat dengan polis untuk memudah cara pengecaman identiti mayat mangsa.

Setakat semalam, tiada anggota keluarga atau waris terdekat Jong-nam, tampil untuk memberikan sampel DNA atau mengecam mayat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu sidang akhbar yang padat dengan pengamal media semalam, berkata laporan media tempatan dan asing yang mendakwa anak lelaki Jong-nam, Kim Han-sol telah memberi sampel darah untuk mengenal pasti mayat di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini, hanyalah sekadar khabar angin.

Pada 13 Februari, Jong-nam, dilaporkan berada di klia2 pada pukul 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita dikatakan menyapu mukanya dengan tangan mereka yang dipercayai telah disembur bahan beracun.

Jong-nam, yang datang ke Malaysia pada 6 Februari lepas menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.SubramaniamKes Bunuh Jong-Nam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Bunuh Jong-nam: Doan Balik Kampung Malam Ini

03/05/2019
0

PUTRAJAYA - Warga Vietnam, Doan Thi Huong, 30, yang sebelum ini dituduh dalam kes bunuh abang kepada pemimpin Korea Utara,...

Bunuh Jong-nam: Doan Thi Huong Dibebaskan 3 Mei

13/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Doan Thi Huong, 30, tertuduh dalam kes bunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd