• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Tanjong Datu: Tambah Polis Jika Ada Pertandingan

oleh AK-47
03/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jumlah anggota polis yang bertugas bagi memastikan kelancaran Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu akan ditambah sekiranya berlaku pertandingan, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor.

Beliau berkata bagi penamaan calon yang akan berlangsung esok di Pejabat Daerah Lundu, seramai 239 pegawai dan anggota polis akan bertugas menjaga keselamatan, khususnya memastikan kelancaran lalu lintas.

“Bilangan anggota akan ditambah sebanyak 10 peratus sekiranya berlaku pertandingan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

PRK Tanjong Datu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem pada 11 Jan lalu akibat komplikasi jantung.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mengumumkan balu Adenan, Datuk Amar Jamilah Anu sebagai calon Barisan Nasional untuk mempertahankan kerusi itu.

Bagi memastikan tidak berlaku kesesakan lalu lintas, Mazlan menasihatkan orang ramai yang datang ke pekan Lundu esok agar mematuhi arahan pegawai dan anggota polis trafik yang bertugas.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar mengelak daripada menimbulkan sebarang bentuk tindakan yang melanggar undang-undang supaya PRK itu dapat dikendalikan dengan lancar. – BERNAMA

Tags: Datuk Mazlan Mansor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keppel Ikut Jadual Bagi Penyampaian Kapal FPSO

Next Post

‘Food Flotilla For Myanmar’ Bukti Nasib Rohingya Dibela

Related Posts

Mazlan Mansor Pengarah JSJK Baharu

29/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Datuk Mazlan Mansor hari ini dilantik menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman yang baharu...

Tidak Puas Hati Ditegur Punca Wanita Dibunuh – Mazlan

12/12/2018
0

KLANG - Polis tidak menolak kemungkinan punca seorang wanita dibunuh oleh jirannya sendiri di Batu 16, Rawang, Selangor semalam adalah...

Next Post

'Food Flotilla For Myanmar' Bukti Nasib Rohingya Dibela

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd