• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Suami Isteri, Rampas Ganja RM180,000

oleh Ahmad Albab
21/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan sepasang suami isteri dan merampas dadah jenis ganja bernilai RM180,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Pasir Gudang, di sini, dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Jokhiri Abd Aziz berkata penahanan dilakukan kira-kira 11 malam selepas polis melakukan intipan berdasarkan maklumat orang awam.

“Hasil pemeriksaan terhadap lelaki dan wanita berumur 41 tahun itu, polis menemui 72 ketulan mampat tumbuh-tumbuhan kering dipercayai ganja seberat 73.6kg dalam bilik mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dadah yang dirampas itu boleh digunakan 36,831 penagih dan pasangan tersebut dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran di sekitar kawasan Seri Alam, pusat bandaraya Johor Bahru dan Kota Tinggi, katanya.

Jokhiri berkata polis turut merampas sebuah kereta Proton Inspira, sebuah Perodua Viva serta wang tunai RM1,500 daripada mereka.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kedua-dua mereka aktif mengedar dadah berkenaan sejak tiga tahun lepas.

Katanya ujian air kencing turut mendapati lelaki tersebut positif syabu.

“Hasil siasatan mendapati pasangan itu mengedar dadah terbabit secara sendiri dan tidak terlibat dengan mana-mana sindiket.

“Mereka kini direman seminggu mulai semalam hingga 27 Feb depan bagi siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – BERNAMA

Tags: ganja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

16/12/2025
0

PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Briged Tenggara berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berketurunan Cina dan merampas...

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

17/07/2025
0

PADANG BESAR – Cubaan menyeludup dadah bernilai ratusan ribu ringgit dari negara jiran berjaya dipatahkan pasukan keselamatan dalam satu operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd