• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas Lebih 150kg Ganja Bernilai RM470,000

oleh Ahmad Albab
05/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sepasang suami isteri sanggup menjadikan tiga anak mereka berusia enam, lapan dan 10 tahun bagi mengaburi mata pihak berkuasa dalam aktiviti pengedaran dadah di negeri ini dan Pulau Pinang.

Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata, ketika polis menahan pasangan berumur 31 dan 37 tahun itu Jumaat lalu kira-kira 5.20 petang, anak-anak mereka diletakkan di tempat duduk bahagian belakang bagi menunjukkan mereka seperti keluarga yang lain dan tidak terlibat dalam sebarang kegiatan melanggar undang-undang dan apabila diperiksa polis mungkin akan melepaskan kenderaan itu.

Bagaimanapun, katanya, apabila diperiksa sebahagian ganja berkenaan dijumpai disorok di sebelah bawah alas kaki tempat duduk bahagian belakang yang menjadi tempat duduk anak-anak mereka di dalam kenderaan itu.

Hasil pemeriksaan lanjut, polis merampas 120 ketulan ganja mampat seberat 108.66 kilogram (kg) yang disorok di bahagian tempat simpanan tayar kereta dan bahagian alas kaki tempat duduk belakang.

“Suspek ditahan sepasukan polis Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman dan polis Bahagian Narkotik Jabatan Siasatan Jenayah (IPK) Kedah di Taman Ria, Sungai Petani ketika menghala ke Pulau Pinang dan dipercayai baru mengambil bekalan dadah dari sempadan negara untuk diedarkan di negeri ini dan Pulau Pinang.

Ketiga-tiga anak pasangan tersebut diserahkan kepada nenek mereka selepas keterangan mereka diambil, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

“Kita percaya suspek mengambil bekalan ganja dari kumpulan yang membawa masuk di sempadan sebelum dibawa masuk ke negeri ini dan Pulau Pinang untuk diedarkan,” katanya.

Rentetan tangkapan pertama itu, pihak polis kemudiannya menahan seorang lagi lelaki berusia 31 tahun (adik kepada lelaki pasangan suami isteri) di sebuah rumah di Sungai Nibong, Pulau Pinang sekitar pukul 11.30 malam semalam.

“Dalam tangkapan ini, kita rampas 48 ketulan ganja seberat 48.6 kg yang disembunyikan di bahagian tempat simpanan tayar kereta Honda Civic yang dipercayai ada kaitan dengan tangkapan pertama di Sungai Petani,” katanya.

Katanya, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas di dua lokasi tersebut melibatkan 169 ketul ganja seberat 157.26 kg yang bernilai RM470,000.

“Ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam (4 Feb) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung mandatori.

“Siasatan kita juga mendapati kegiatan tersebut dipercayai bermula antara tiga hingga bulan lalu dan modus operandi mereka ialah dengan mengambil stok di sempadan negara sebelum diedarkan,” katanya.

“Ujian air kencing juga mendapati dua suspek lelaki positif dadah manakala wanita (isteri lelaki 37 tahun) itu negatif. – BERNAMA

Tags: ganja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

16/12/2025
0

PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Briged Tenggara berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berketurunan Cina dan merampas...

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

17/07/2025
0

PADANG BESAR – Cubaan menyeludup dadah bernilai ratusan ribu ringgit dari negara jiran berjaya dipatahkan pasukan keselamatan dalam satu operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd