• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persidangan Fokus Cabaran Guru Sekolah Cina

oleh AK-47
17/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan Pendidikan Cina ASEAN yang julung kali diadakan mampu mengatasi cabaran mengajar pelajar bukan Cina di sekolah Cina, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon.

Beliau berkata fokus utama persidangan dua hari itu mulai hari ini bagi mengenal pasti metadologi pengajaran yang lebih cekap dan konsisten bagi memenuhi keperluan pelajar terbabit.

“Bilangan pelajar bukan Cina di sekolah Cina semakin meningkat saban tahun, jadi kita perlu mengetahui kaedah-kaedah tepat bagi mengajar mereka yang tidak mempunyai asas bahasa Cina.

“Mengikut statistik bagi tahun 2015, seramai 64,788 pelajar Melayu, 12,985 pelajar India dan 6,844 pelajar lain-lain kaum dikenal pasti belajar di sekolah Cina seluruh negara,” katanya selepas merasmikan persidangan itu di Wisma MCA di sini.

Katanya, cabaran itu turut dirasai oleh negara-negara ASEAN yang lain kerana peningkatan pelajar bukan Cina di sekolah Cina di sana juga seperti di negara ini.

Sementara itu, Chong berharap melalui usaha ‘One Belt, One Road’ (OBOR) atau ‘Satu Jalur, Satu Laluan’ yang berperanan penting dalam menyatukan 10 negara ASEAN dengan China, aspek pendidikan dan kebudayaan turut perlu dititikberatkan.

“Malaysia memerlukan sokongan yang lebih daripada China dari segi kaedah pengajaran bahasa Cina yang standard dan secara profesional… bukan sahaja melalui pelaburan dan bisnes,” katanya.

Persidangan itu disertai kira-kira 70 anggota akademik daripada China, Thailand, Indonesia dan Malaysia.

Kata Chong lagi, hasil persidangan akan dikemukakan kepada kementeriannya. – BERNAMA

Tags: Datuk Chong Sin WoonPendidikan Cina ASEAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Tuisyen Tambahan PNP Di Sekolah

26/04/2018
0

SEREMBAN – Pelajar perlu menjadikan tuisyen sebagai tambahan bagi proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) yang diajar guru semasa di sekolah,...

Pelbagai Pihak Zahir Penghargaan Hari Wartawan

11/04/2018
0

KUALA LUMPUR – Pelbagai pihak hari ini menzahirkan penghargaan mereka kepada warga pengamal media di negara ini bersempena Hari Wartawan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd