• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhilitan Kedah Rampas Senapang Patah

oleh Ahmad Albab
24/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah menahan seorang lelaki yang membawa selaras senapang patah bersama sembilan butir peluru penabur, dipercayai digunakan untuk aktiviti pemburuan haram, di Hutan Simpan Ulu Muda, semalam.

Pengarahnya, Muhammad Ali Che Man berkata lelaki berusia 50 tahun itu yang menunggang motosikal Honda EX5 ditahan kira-kira 8.30 malam oleh anggota penguat kuasanya setelah menerima maklumat berkaitan aktiviti itu, petang semalam.

“Ketika pemeriksaan, kami menemukan senjata itu yang telah diasingkan kepada dua bahagian dan peluru dalam beg yang dibawa suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, soal siasat lanjut mendapati lelaki yang tinggal di sekitar kawasan hutan simpan itu tersebut berniat untuk memburu hidupan liar seperti rusa dan kijang di kawasan itu.

“Senapang tersebut dipercayai diperolehi daripada negara jiran berdasarkan keadaan fizikal senapang tersebut yang tiada nombor siri dan dia tiada sebarang surat kebenaran membawa senjata api tersebut,” katanya.

Lelaki tersebut ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan lanjut manakala senjata dan peluru itu telah diserahkan kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Sik atas kesalahan di bawah Akta Senjata Api 1960. – BERNAMA

Tags: PerhilitanSenapang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

Lebih 2,300 Insiden Haiwan Liar Mati Dilanggar Dalam Tempoh 4 Tahun – PERHILITAN

Lebih 2,300 Insiden Haiwan Liar Mati Dilanggar Dalam Tempoh 4 Tahun – PERHILITAN

12/08/2025
0

PUTRAJAYA: Lebih 2,300 insiden haiwan liar mati dilanggar kenderaan atau roadkill direkodkan di negara ini bagi tempoh 2020 hingga 2024,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd