• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhalusi Mekanisme Skim Insurans Peladang, Penternak

oleh AK-47
14/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang memperhalusi mekanisme terbaik bagi melaksanakan skim insurans untuk golongan peladang dan penternak dalam menghadapi musibah seperti banjir.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata draf pertama bagi skim insurans yang akan dibangunkan Agrobank itu telah siap, namun pihaknya meminta ia diperhalusi bagi memastikan modul dihasilkan lengkap dan menyeluruh dalam semua peringkat pelaksanaannya.

Beliau berkata ia bagi mengelak sebarang masalah seperti salah faham apabila golongan sasar dikehendaki membiayai sendiri skim insurans yang diambil mereka.

“Jadi saya suruh (Agrobank) fikir balik. Modul ini mestilah betul dari awal-awal lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Dialog Niaga Agrobank 2017 (DNA2017) di sini hari ini.

Beliau berkata kementerian juga menjadikan modul skim insurans untuk peladang dan penternak yang diguna pakai di luar negara sebagai rujukan.

Shabery berkata usaha mewujudkan skim insurans itu penting untuk meningkatkan keupayaan golongan berkenaan dalam menghadapi bencana alam tanpa perlu terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan.

Dalam ucapannya pada majlis dihadiri 300 peserta itu, beliau berkata kerajaan sedang merencana kaedah terbaik dalam memastikan rakyat mendapat akses makanan berkualiti yang mencukupi menjelang 2050 ketika negara mempunyai anggaran penduduk 50 juta. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Shabery CheekSkim Insurans Peladang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ECRL Pun Tinggal Kenangan Seperti Perwaja Steel

23/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Satu ketika dahulu projek Perwaja Steel pernah menjadi projek kebanggaan Perdana Menteri ke-4 untuk masyarakat Pantai Timur...

Shabery Anggap Pemilihan UMNO Kali Ini Paling Meriah

21/06/2018
0

KUALA LUMPUR – Pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang akan datang tidak lama lagi dilihat paling meriah sengan penawaran diri ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd