• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyeludup Kura-Kura Tetap Ke Jel Selepas Rayuan Ditolak

oleh Ahmad Albab
03/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 24 bulan terhadap dua lelaki warga India kerana menyimpan dan menyebabkan kesakitan kepada 36 ekor kura-kura Kolam Hitam atau ‘Geoclemys Hamiltonnii’, tahun lepas.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Nagoor Kani Kamal Basha, 35, dan Nizamudeen Shamshudeen, 40, terhadap sabitan dan hukuman penjara itu yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 1 Ogos 2016.

Azman berkata, keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Harmi Mohamad @ Shaharudin itu adalah sah serta memadai dan mahkamah berpuas hati dengan hukuman tersebut.

“Ia bukan satu hukuman yang berat kerana kedua-dua perayu diperintahkan menjalani hukuman atas ketiga-tiga pertuduhan itu secara serentak bermula dari tarikh tangkapan,” kata beliau.

Katanya, beliau percaya bahawa hukuman yang dijatuhkan itu dapat menjaga kelangsungan hidupan liar bukan sahaja di Malaysia bahkan di dunia.

Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan terhadap kedua-kedua lelaki itu selepas mereka mengaku bersalah atas tiga pertuduhan menyimpan haiwan eksotik itu di sebuah hotel di Jalan Tun Perak, di sini, pada pukul 1 pagi, 26 Julai, tahun lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aznika Mohd Anas manakala kedua-dua perayu diwakili peguam R. Palaya.

kura-kura kolam hitam dan menyebabkan kesakitan kepada haiwan itu.

Mahkamah itu menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan bagi pertuduhan pertama dan kedua manakala penjara tiga bulan bagi pertuduhan ketiga serta memerintahkan kesemua hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 26 Julai 2016.

Bagi pertuduhan pertama, Nagoor Kani dan Nizamudeen didakwa menyimpan 25 ekor kura-kura kolam hitam ‘Geoclemys Hamiltonnii’ betina tanpa permit khas, iaitu hidupan liar dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 70 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Pertuduhan kedua pula, mereka didakwa menyimpan 11 ekor kura-kura kolam hitam Geoclemys Hamiltonnii jantan tanpa permit khas, iaitu hidupan liar dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua, akta sama.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 68 (1)(a), akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Kedua-dua tertuduh turut didakwa menempatkan 36 kura-kura tersebut di dalam empat buah bagasi iaitu dalam cara menyebabkan kesakitan atau penderitaan kepada haiwan tersebut mengikut Seksyen 86 (1)(c) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Mereka didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di sebuah hotel di Jalan Lou Chung, Jalan Tun Perak, di sini pada 1 pagi, 26 Julai lepas. – BERNAMA

Tags: kura-kuraseludup
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Serbu Makmal Dadah, Rampas Syabu Bernilai RM1.12j

Next Post

Bot Karam: Anggota SAR Temui 2 Jaket Keselamatan

Related Posts

PGA9 Gagalkan Cubaan Seludup Lembu, Barang Runcit Bernilai RM706,750

PGA9 Gagalkan Cubaan Seludup Lembu, Barang Runcit Bernilai RM706,750

01/02/2025
0

Rantau Panjang : Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan lembu dan barangan runcit dengan nilai rampasan...

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

‘Kecut Perut’ Dikejar Penguat Kuasa, Penyeludup Tinggal Kereta Berisi Minyak Masak

26/10/2024
0

TUMPAT : Pemandu sebuah kereta disyaki penyeludup lari meninggalkan kenderaan membawa muatan 850 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi untuk mengelak...

Next Post

Bot Karam: Anggota SAR Temui 2 Jaket Keselamatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd