• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjualan Makanan Di Luar Sekolah Akan Dipantau

oleh Ahmad Albab
23/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Kementerian Pendidikan akan membuat pemantauan dan penguatkuasaan terhadap penjualan makanan kategori ‘makanan dilarang’ atau makanan tidak berkhasiat di luar perkarangan sekolah.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata perkara itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan, pihak berkuasa tempatan negeri dan Pejabat Pendidikan Negeri melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

“Kita harus pantau dan kawal pemakanan anak-anak ini sejak dari muda lagi kerana ia melibatkan masa depan mereka selain bagi mengatasi masalah obesiti.

“Tetapi yang menjadi masalahnya ialah makanan yang dijual peniaga di luar perkarangan sekolah, bila kita sebut tentang ini orang mungkin akan marah kata kita mahu tutup periuk nasi dan sebagainya.

“Kita tidak mahu mereka makan makanan yang bukan-bukan macam minuman bergas yang mana kita telah kategorikan sebagai makanan dilarang yang pada awalnya merupakan makanan di bawah kategori ‘tidak digalakkan’. Jadi saya fikir sudah tiba masanya kita buat pemantauan dan penguatkuasaan seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Dialog Profesional Menteri Pendidikan bersama peserta Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan ambilan 2017 di sini, hari ini.

Mahdzir berkata bagi pengawasan dan pemantauan penjualan makanan di kantin sekolah pula, setakat ini ianya masih terkawal dan makanan yang dijual mengikut kategori yang telah ditetapkan.

“Kita mahu lawatan berkala dijalankan secara berterusan ke kantin-kantin sekolah untuk pastikan para pengendali kantin mengikut garis panduan penjualan makanan yang telah ditetapkan,” katanya.

Antara makanan yang dikategorikan sebagai makanan dilarang ialah gula-gula, jeruk, minuman bergas, coklat dan makanan yang berupa mainan seperti cincin, gambar, belon dan sebagainya.

Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata Kementerian Pendidikan sedang merangka kerja bagi mendapatkan pandangan serta idea daripada guru-guru muda mengenai Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Seramai 238 peserta menghadiri dialog selama dua jam yang antara lain membahaskan isu mengenai daya kepimpinan dalam kalangan guru besar dan pengetua sekolah, aspek pengurusan serta kemenjadian murid di sekolah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir KhalidKantin Sekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

17/02/2025
0

Semenyih : Sesi persekolahan dan kantin sekolah akan beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. IKUTI CHANNEL...

Kantin Sekolah Hampir Musnah Dalam Kebakaran

Kantin Sekolah Hampir Musnah Dalam Kebakaran

05/07/2023
0

PETALING JAYA: Kantin di sebuah sekolah di sini hampir musnah dalam kebakaran, petang ini. Ikuti Mynewshub: Telegram Pengarah Bomba Selangor, Wan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd