• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tuju Rakaman Ceramah Nik Aziz Untuk Mufti Perlis

oleh Ahmad Albab
15/02/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Semua orang alim didengar hujahnya. Tetapi kadang-kadang, agar kita tidak lemah dan ragu-ragu, kita juga harus mendengar orang alim menasihati orang alim yang lain” kata Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau berkata demikian sambil menyiarkan satu video ceramah oleh bekas Mursyidul Am PAS yang juga bapanya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa hayatnya mengenai hukum hudud di akaun Facebooknya hari ini.

Menurut beliau, kadang-kadang hujah orang alim ke atas orang alim seperti yang terkandung di dalam video itu keras, tetapi ia bertunjang pada keyakinan yang tinggi kepada Allah S.W.T dan syariat-Nya.

“Itu aksi si mamak penjual rempah, kata tok guru. Orang dah masuk padang dah. Kita masih dok riuh minta perlawanan ditangguhkan sebab tandas masih kotor..,” ujar Nik Mohamad Abduh.

Dalam ceramah itu, Nik Abdul Aziz semasa masih hidup menyelar golongan akademik atau pensyarah agama yang menentang pelaksanaan hudud kerana beranggapan hudud tidak boleh dilaksanakan dalam dunia moden.

Pada beliau, golongan akademik berkenaan ibarat mamak penjual rempah yang memiliki semua jenis rempah tapi tidak tahu untuk memasaknya.

Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh berkata, tuntutan semasa paling utama umat Islam masa kini ialah kesatuan dan keyakinan untuk kembali kepada penyelesaian agama.

“Bukan lagi sekadar menunjuk ilmu dan pendapat peribadi yang kesan semasanya adalah mencipta keraguan dan ketakutan kepada pelaksanaan syariah Islam,” ujarnya.

Beliau dipercayai menujukan rakaman video ceramah itu kepada Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang mengecam parti politik memperjuangkan pelaksanaan undang-undang hudud.

Mohd. Asri baru-baru ini mendakwa berasa dukacita kerana dalam dunia umat Islam ada golongan yang tidak dapat melihat Islam melainkan asyik tertumpu kepada isu hudud.

Beliau berkata, golongan berkenaan mempolitikkan agama dan menjadikan akidah umat Islam sebagai taruhan politik.

“Yang mengelirukan ialah ketika anda berbaik dengan parti tertentu anda memberi seribu dalil kelebihan parti-parti tersebut. Kemudian apabila anda bertelagah anda menjadikan mereka munafik, keluar jamaah Islam mati jahiliah, musuh Islam dan sebagainya.

“Yang mengelirukan itu ialah apabila ketika anda memenangi beberapa negeri dahulu anda menyatakan hudud bukan keutamaan. Kemudian anda menyatakan sesat, liberal ataupun anti-Islam sesiapa yang mengungkapkan hal yang sama,” kata Mohd. Asri. – Mynewshub.cc

Tags: Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Berdosa Saya Jika Langgar PAS” – Nik Abduh

22/06/2021
0

KOTA BHARU - Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan gambar tular yang mendakwa beliau keluar daripada...

Kemenangan PH Kejayaan Liberalis?

24/09/2018
0

KOTA BHARU - Ada dua pihak yang mendapat banyak kejayaan dengan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd