• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Wanita Terlibat Kemalangan Dibebaskan

oleh Ahmad Albab
20/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan berbasikal sehingga meragut lapan nyawa di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, semalam, dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata wanita berumur 22 tahun itu dibebaskan selepas keterangannya berhubung kemalangan terbabit selesai direkodkan.

Pihak polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kemalangan berkenaan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut, katanya yang ditemui pemberita pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina peringkat Parlimen Pulai, di sini hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata pihaknya dalam masa yang sama tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan terhadap ibu bapa yang membiarkan anak mereka berkeliaran pada lewat malam.

“Ya, tindakan drastik perlu diambil. Sebelum ini kita (polis) sudah banyak kali mengambil tindakan diplomatik, kita bantu hantar anak mereka pulang ke rumah, kita beri nasihat, sudah bermacam kita buat tetapi akhirnya polis juga yang dipersalahkan,” katanya.

Menurut Wan Ahmad Najmuddin, pihaknya percaya kejadian kemalangan seperti yang berlaku awal pagi semalam dapat dielakkan sekiranya ibu bapa memantau pergerakan anak-anak mereka.

Dalam kejadian 3 pagi itu, lapan remaja maut manakala lapan lagi cedera apabila basikal ditunggangi mereka dirempuh sebuah kereta jenis Nissan Almera di jalan terbabit.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata ketika itu, sekumpulan 20 hingga 30 remaja berbasikal dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam dan jalan sekitar sebelum dirempuh seorang pemandu wanita.

Katanya, pemandu tersebut yang datang dari arah Taman Pelangi, di sini, dipercayai tidak sempat mengelak lalu merempuh kumpulan remaja berkenaan. – BERNAMA

Tags: basikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

26/09/2025
0

Baling: Kanak-kanak lelaki beruaia 12 tahun cedera di perut selepas tertusuk besi pengayuh basikal di Jalan Charok Bemban, Kampung Charok...

Penunggang Basikal Maut Terperosok Bawah Treler, Terjatuh Lepas Langgar Lubang

Penunggang Basikal Maut Terperosok Bawah Treler, Terjatuh Lepas Langgar Lubang

14/06/2025
0

Kulai: Seorang penunggang basikal warga Singapura dilaporkan maut selepas terperosok di bawah treler dalam insiden dekat Jalan Gunung Pulai di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd