• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tingkatan 5 Dakwa Ditumbuk & Ditendang Guru

oleh AK-47
23/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di sini, membuat laporan polis mendakwa ditumbuk dan ditendang oleh seorang guru lelaki sehingga lebam dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Wan Mohamad Haziq Yusri, 17, mendakwa kejadian berlaku di luar kelasnya kira-kira 9.30 pagi semalam selepas dia ditangkap menyelitkan kertas pembungkus nasi di celah cermin tingkap kelas.

Dia berkata guru itu yang ternampak perbuatannya datang dan memarahinya sebelum menyuruhnya memungut kertas pembalut tersebut dengan mulut.

“Bagaimanapun kertas bungkusan itu tiba-tiba jatuh dan saya mengambilnya dengan tangan menyebabkan guru itu marah dan mengarahkan saya memasukkan bungkusan itu ke dalam mulut saya pula,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wan Mohd Haziq mendakwa dia mengaku bersalah dan memohon maaf selain berjanji tidak mengulangi perbuatan itu, namun guru berkenaan tiba-tiba menendang kaki kanannya beberapa kali sebelum menendang dadanya.

Katanya akibat tendangan itu dia terasa sakit dan sukar bernafas sehingga terpaksa meminta kebenaran pulang awal daripada guru kelasnya.

Wan Mohd Haziq mendakwa dia kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Nerang susulan lebam pada kaki serta sukar bernafas.

Sementara itu, bapa pelajar berkenaan, Yusri Hanafi, 45, berkata dia tidak marah sekiranya guru tersebut merotan anaknya demi tujuan mendidik, namun perbuatan menendang berkenaan adalah keterlaluan.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP Ahmad Nasir Jaafar mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan. – BERNAMA

Tags: ditendangditumbukGuru
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat mengesyorkan pengurusan kesihatan mental kanak-kanak memerlukan perkhidmatan dan...

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

30/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru) menggesa satu siasatan rapi dijalankan bagi mengesahkan perlakuan sumbang membabitkan beberapa guru seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd