• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekebun Cedera Tertembak Diri Sendiri Di Miri

oleh Ahmad Albab
20/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Seorang pekebun cedera apabila senapang patah yang dibawanya terjatuh lalu tertembak mengenainya selepas mangsa tergelincir semasa dalam perjalanan pulang dari kebunnya di Beluru, Marudi petang semalam.

Ketua Polis Marudi, DSP Gabriel Risut berkata dalam kejadian pada 6.30 petang, mangsa berumur 58 tahun itu cedera di rusuk kiri belakang, bahu dan lengan kiri akibat kesan tembakan tersebut dan kini menerima rawatan di Hospital Miri.

“Mangsa yang berasal dari Rumah Panjang Buddy Sungai Selepin Tengah, Beluru Marudi kini berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati senapang patah itu merupakan milik bapa mangsa yang telah meninggal dunia dan belum dipindah hak milik.

Susulan itu, sepasukan polis telah pergi ke kediaman mangsa pagi tadi untuk merampas senapang patah jenis 12 Bore, Winchester yang digunakan mangsa, katanya.

Gabriel berkata berikutan kejadian itu juga, satu operasi pemeriksaan ke atas pemilik senjata api berlesen akan dilakukan di Marudi berkuat kuasa serta-merta bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya pemilik memiliki senjata api yang tidak berlesen atau yang belum dipindah hak milik,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes tembaksenjata api
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Insiden Basikal: Minta Masyarakat Hentikan Tular

Next Post

Suasana Kedutaan Korea Utara Sunyi

Related Posts

TERKINI: Empat Lagi Ditahan Berkait Kes Tembak Di Simpang Renggam

TERKINI: Empat Lagi Ditahan Berkait Kes Tembak Di Simpang Renggam

21/02/2025
0

JOHOR BAHRU: Polis menahan menahan empat lagi suspek warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes tembakan di Machap, di Simpang...

‘Saya Minta Dia Simpan Pistol Supaya Anak Tidak Takut’

‘Saya Minta Dia Simpan Pistol Supaya Anak Tidak Takut’

10/02/2025
0

Shah Alam : "Kami sekeluarga berdepan detik mencemaskan selama 45 minit di dalam kereta bersama lelaki itu yang mengacu pistol...

Next Post

Suasana Kedutaan Korea Utara Sunyi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd