• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Mengaku Tak Bersalah Guna Wang Haram

oleh AK-47
23/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang peguam wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas 22 pertuduhan antaranya mengguna, memperolehi dan memindah wang berjumlah RM3,156,098.27 hasil daripada aktiviti haram bagi pembayaran kepada beberapa individu.

Jaswinder Kaur Gurbachan Singh, 46, iaitu rakan kongsi sebuah firma guaman dituduh menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah antara RM3,400 hingga RM622,675.47 daripada akaun semasa milik firma itu melalui cek sebuah bank.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di tempat sama iaitu di Hong Leong Bank Berhad, Cawangan Semenyih, Selangor antara 14 Sept hingga 30 Dis 2015.

Sementara itu, seorang perunding K. James, 62, juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan wang berjumlah RM43,000 hasil daripada aktiviti haram untuk pembelian sebuah kenderaan Mercedes Benz S280, pada 25 Sept 2015 di Prominent Automobile, di Jalan Kepong Desa Jaya, Kepong.

Mereka dituduh mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dibaca bersama Subseksyen 87(1)(a) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum 15 tahun penjara dan dikenakan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih rendah.

Mahkamah membenarkan Jaswinder Kaur diikat jamin RM300,000 manakala James dibenar ikat jamin RM10,000, masing-masing dengan seorang penjamin.

Hakim Rushan Lufti Mohamed juga membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Liyana Shahrir supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kajang untuk dibicarakan bersama atas pertuduhan lain iaitu menipu.

Kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Datuk C. Vignesh, sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kajang atas pertuduhan menipu pada 26 Mei 2016.

Mahkamah menetapkan 10 Mac depan untuk sebutan semula. – BERNMAA

Tags: PeguamWang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak kuil mahu memasuki semula tanah Yayasan Kubra bagi mengadakan upacara ritual selama 30 minit pada setiap...

Penceroboh Rancang Masuk Semula Tanah Yayasan Kubra Buat Upacara Anutan – Peguam

Penceroboh Rancang Masuk Semula Tanah Yayasan Kubra Buat Upacara Anutan – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Terdapat pihak merancang untuk menceroboh semula tanah Yayasan Kubra dengan alasan untuk melakukan upacara anutan di tapak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd