• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Petugas Khas Ditubuh Atas Prinsip Perundangan

oleh AK-47
17/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan Kabinet menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan awal berhubung kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada sekitar 1990-an membuktikan kerajaan sentiasa terbuka dalam semua perkara yang menyentuh kepentingan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan akan tetap berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang dalam menyiasat apa-apa perkara untuk memastikan tiada sebarang penyalahgunaan dan penyelewengan dalam tadbir urus negara.

Katanya, kerajaan juga sentiasa bersandarkan kepada prinsip keadilan bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

“Oleh yang demikian, pasukan petugas khas ini akan meneliti dan menilai perkara ini berdasarkan keterangan-keterangan sebelum sebarang tindakan lanjut diputuskan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azalina berkata penubuhan pasukan khas ini adalah peluang terbaik untuk digunakan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang membuktikan bahawa usul yang dibawa beliau pada 1993 dan 1994 berkaitan isu itu di Dewan Rakyat, berasas.

“Beliau (Lim) seharusnya tampil untuk membantu pasukan petugas khas ini dalam meneliti semua fakta-fakta yang berkaitan,” katanya.

Menurut kenyataan media Pejabat Perdana Menteri pada Rabu, pasukan petugas khas itu akan dianggotai pelbagai agensi kerajaan termasuk individu-individu yang dihormati dan berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu.

Pasukan petugas khas berkenaan akan mengemukakan syor dan cadangan untuk dipertimbangkan oleh Kabinet dalam tempoh terdekat dan tindakan selanjutnya termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja jika perlu berdasarkan hasil siasatan itu nanti. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azalina Othman Said
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

06/04/2023
0

SHAH ALAM - Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali didapati melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 bagi menambah baik dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd