• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Kekasih Ditahan, Dadah Lebih RM54,000 Dirampas

oleh
02/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan sepasang kekasih dan menemukan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM54,000 dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Serantau, di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata lelaki tempatan berumur 43 tahun dan wanita Singapura berumur 36 tahun itu ditahan pada 6 petang selepas polis bertindak atas maklumat berkaitan pengedaran dadah.

“Pemeriksaan di kediaman mereka menemukan dadah disyaki syabu seberat 760.65 gram, ketamin seberat 5.66 gram dan pil ecstacy seberat 5.88 gram dianggar bernilai RM54,095 mengikut harga pasaran,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sulaiman berkata selain dadah, polis turut merampas sepucuk pistol tiruan berserta kelopak, dua pedang, satu pisau rambo, satu buku lima dan sebuah kereta jenis Nissan Almera daripada mereka yang dilaporkan hilang di Tanjung Kupang, dekat sini, baru-baru ini.

Beliau berkata suspek didapati menjalin hubungan sejak setahun lepas dengan wanita berkenaan sedang mengandung lima bulan.

Katanya ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua mereka positif dadah jenis Methamphetamine manakala pemeriksaan mendapati lelaki tersebut mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Kedua-dua mereka kini direman sehingga esok untuk siasatan, katanya.

Dalam kes lain, Sulaiman berkata polis menahan seorang lelaki dua hari lepas di Taman Gaya, di sini, dan merampas 29 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun bernilai RM10,000. – BERNAMA

Tags: dadahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd