• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Kecam Guna Sentimen Melayu Di Pulau Pinang

oleh Ahmad Albab
05/02/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) paling marah dengan pandangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya Pulau Pinang dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan.

PAN dipercayai cukup berang dengan pandangan itu kerana cadangan itu jika jadi kenyataan boleh menjejaskan penguasaan DAP di negeri itu.

“Cadangan menjadikan Pulau Pinang sebahagian dari Wilayah Persekutuan adalah pemikiran penjajah dan berunsur hasutan yang sangat merbahaya.

“Malaysia sangat malang memiliki seorang menteri seperti Tengku Adnan yang memiliki pemikiran kuno,” dakwa Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan hari ini.

Media pada 4 Februari lalu melaporkan Menteri Wilayah Persekutuan berpandangan Pulau Pinang wajar dijadikan sebahagian Wilayah Persekutuan untuk memastikan negeri itu mendapat limpahan pembangunan yang sama rata.

Tengku Adnan dipetik berkata, idea yang dilontarkan beliau itu bukanlah berniat mahu meluaskan kuasa ke negeri itu, sebaliknya disebabkan keprihatinan beliau terhadap nasib Melayu di sana.

“Apa yang berlaku di Pulau Pinang kita tahu, dia (kerajaan negeri) tidak pedulikan orang Melayu,” kata Tengku Adnan.

Kata beliau, jika perkara itu dapat direalisasikan, kerajaan pusat akan memastikan bahawa cara pembangunan di Pulau Pinang adalah untuk semua dan bukanlah untuk satu-satu kaum sahaja.

“Menggunakan sentimen kaum Melayu adalah sangat bahaya dan mengancam keselamatan negara,” kata Salahuddin. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PANTengku Adnan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Rasuah Tengku Adnan: PH Kecewa Keputusan Peguam Negara

22/11/2021
0

KUALA LUMPUR : Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyatakan rasa terkejut dan kecewa susulan keputusan Peguam Negara yang membatalkan rayuan...

Ku Nan Cuti Sakit, Prosiding Bela Diri Tangguh

20/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Prosiding membela diri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap pertuduhan menerima suapan RM2 juta daripada seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd