• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nokia Lancar Telefon Pintar Terbaru

oleh AK-47
27/02/2017
dalam Gajet, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARCELONA – Finnish Nokia bakal melancarkan telefon mudah alih baharunya di Barcelona minggu ini menjelang pembukaan rasmi Kongres Telefon Sedunia (MWC), lapor agensi berita China Xinhua.

Selain mendedahkan edisi terkini telefon lagenda Nokia 3310 yang mempunyai ketahanan bateri lebih lama sehingga 22 jam, Syarikat Finnish juga akan memperkenalkan telefon pintar Nokia 6, Nokia 5 dan Nokia 3.

Sementara itu Syarikat Samsung tidak akan melancarkan telefon Galaxy S8 sebaliknya melancarkan tablet Galaxy Tab S3 dengan skrin 9.7 inci dengan bateri yang boleh bertahan sehingga 12 jam.

Selain itu, Samsung Gear VR dan Galaxy Book gandingan tablet dan komputer dengan dua saiz berasingan iaitu 12 dan 10,6 inci juga akan diperkenalkan di MWC.

Syarikat pengeluar telefon lain seperti Huawei, ZTE, Lenovo dan TCL turut tidak ketinggalan melancarkan telefon terkini keluaran syarikat masing-masing.

Kesemua peralatan komunikasi itu akan dipamerkan bermula Isnin hingga Khamis di Fira Gran Via di Barcelona.

MWC menjangkakan seramai 2,200 pempamer akan mengambil bahagian dan 101,000 pelawat perdagangan dari 200 wilayah dan negara. – BERNAMA

Tags: nokia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Telefon ‘Pisang’ Nokia Bakal Masuk Pasaran

01/03/2018
0

PADA tahun 1996, Nokia telah memperkenalkan model telefon bimbit ‘pisang’ atau banana phone; tiga tahun kemudian, model itu menjadi sangat...

Nokia Pertaruh Telefon Pintar Terbaharu

30/05/2017
0

PETALING JAYA - Nokia menyasarkan untuk menguasai semula pasaran Malaysia menerusi pelancaran model telefon pintar baharunya, Nokia 3,5 dan 6...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd