• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Dibenar Ke Teknaf Kerana Keadaan Pelabuhan

oleh Ahmad Albab
09/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan Bangladesh tidak membenarkan misi ‘Food Flotilla for Myanmar’ berlabuh di Teknaf adalah disebabkan keadaan pelabuhan.

Kementerian Luar dalam kenyataan pada Rabu berkata tindakan kerajaan Bangladesh itu berikutan Pelabuhan Teknaf yang cetek dengan kedalaman hanya tiga meter, sedangkan kapal itu memerlukan kedalaman sekurang-kurangnya lapan meter untuk bergerak tanpa halangan menuju ke pelabuhan.

“Setelah melawat kesemua pelabuhan yang dicadangkan kerajaan Bangladesh, pasukan peninjau daripada Kelab Putra 1 Malaysia (KP1M) telah memutuskan bahawa pilihan terbaik ialah Pelabuhan Chittagong,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, KP1M bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Bangladesh melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka sebelum misi itu bermula untuk mencari jalan terbaik bagi mengedarkan bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan oleh pelarian Rohingya berhampiran Teknaf.

Kerajaan juga optimis semua isu teknikal dapat diselesaikan secepat mungkin bersandarkan hubungan dua hala yang amat baik antara kedua-dua negara, menurut kementerian itu.

Pada Selasa, ketua misi berkenaan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata Kapal ‘Nautical Aliya’ yang membawa 195 sukarelawan tidak dibenarkan memasuki Teknaf berikutan faktor keselamatan serta saiz kapal yang besar.

Abdul Azeez berkata kerajaan Bangladesh memberi tiga tempat lain iaitu pulau Saint Martin, Kutubdia dan Chittagong sekiranya ingin memasuki negara itu.

Pada 4 Februari lepas, Kementerian Luar mengesahkan bahawa kerajaan Bangladesh bersetuju membenarkan kapal misi bantuan kemanusian itu berlabuh di Pelabuhan Teknaf.

Misi yang masuk hari keenam pada Rabu, membawa 2,300 tan metrik makanan, keperluan perubatan, keperluan harian, pakaian dan selimut, dijangka belayar selama 18 hari melalui Laut Andaman untuk sampai ke Yangon dan kem pelarian di Bangladesh. – mStar Online

Tags: BangladeshNautical Aliya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

03/10/2024
0

JOHOR BAHRU : Dengan bayaran kira-kira RM20,000, seorang migran Bangladesh yang transit di Singapura akan dibawa masuk dengan cara berjalan...

Lelaki Bangladesh Dalang Sindiket Pemalsuan Pasport Ditahan

Lelaki Bangladesh Dalang Sindiket Pemalsuan Pasport Ditahan

29/08/2024
0

Petaling Jaya : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen dengan penahanan lima lelaki warga Bangladesh dalam Operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd