• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tak Boleh Disaman Salah Guna Jawatan Awam

oleh AK-47
20/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain tidak boleh mendakwa bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kapasitinya sebagai pegawai awam telah menyalahgunakan jawatan awam berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata ini kerana Najib merupakan seorang anggota pentadbiran dan Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan tidak memasukkan anggota pentadbiran untuk tersenarai dalam perkhidmatan awam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas peguam utama yang mewakili Najib, Tan Sri Cecil Abraham selesai berhujah di dalam kamar di hadapan Hakim Abu Bakar Jais.

Mahkamah hari ini mendengar hujahan berhubung permohonan Najib untuk membatalkan saman dikemukakan terhadapnya oleh Dr Mahathir, 90, bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, 54, dan bekas anggota Wanita UMNO Langkawi Anina Saadudin, 41.

Mohd Hafarizam berkata hujahan defendan adalah terdapat perbezaan antara perkhidmatan awam, jawatan awam, kakitangan awam dan anggota pentadbiran.

“Tan Sri Cecil berhujah bahawa Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan tidak memasukkan anggota pentadbiran untuk tersenarai dalam perkhidmatan awam. Siapakah anggota pentadbiran? Mereka ialah menteri, timbalan menteri, setiausaha politik dan dengan itu termasuk perdana menteri dan timbalan perdana menteri,” kata Mohd Hafarizam.

Peguam itu berkata Cecil juga berhujah bahawa dengan membaca kenyataan tuntutan itu, peguam mewakili defendan tidak menemukan sebarang butiran bahawa Najib ialah pegawai awam, bahawa beliau telah melakukan perbuatan yang telah menjejaskan dan bahawa tindakan Najib itu dilakukan dengan niat jahat.

“Tan Sri Cecil berhujah itulah hujahan pertamanya yang bermaksud butiran mengenai salah guna kedudukan itu tidak ada,” katanya.

Mohd Hafarizam berkata para plaintif dalam tuntutan mereka telah gagal untuk memperincikan bagaimana Najib telah menggunakan kuasanya untuk menjejaskan mereka (Dr Mahathir, Khairuddin dan Anina).

Beliau berkata mahkamah menangguhkan penghakiman ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

Peguam mewakili ketiga-tiga plaintif, Mohamed Haniff Khatri Abdulla memberitahu pemberita bahawa dalam hujahannya beliau menyatakan kes saman itu tidak sepatutnya dibatalkan pada peringkat ini dan menggesa mahkamah memutuskan bahawa kes itu perlu menjalani perbicaraan penuh. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakDisaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: "Ini kali keempat saya disaman atas kesalahan sama. Pada tahun lalu, tiga kali saya disaman kerana tiada lesen...

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd