• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Sarapan Pagi Dengan Nelayan Sungai Sembilang

oleh Ahmad Albab
05/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Hub Nelayan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Sembilang sempena program Jom Bantu Rakyat Kuala Selangor, di sini.

Hab nelayan yang berfungsi sebagai pusat kegiatan perikanan untuk nelayan setempat itu merupakan penjenamaan semula pangkalan nelayan Sungai Sembilang yang beroperasi sejak dua tahun lepas.

Pada program sama Najib turut menyampaikan replika cek elaun sara hidup nelayan berjumlah RM3.28 juta bagi dimanfaatkan oleh 951 warga nelayan daerah Kuala Selangor.

Bantuan yang akan diagihkan secara elaun bulanan selama setahun itu diterima Pengerusi Persatuan Nelayan Kampung Sungai Sembilang Kamaruddin Saraf.

Terdahulu, Najib sempat meluangkan masa bersarapan dengan warga nelayan di daerah itu di jeti LKIM Sungai Sembilang.

Najib yang diiringi Pengerusi LKIM Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim tidak melepaskan peluang menikmati kuih lempeng, iaitu antara pilihan ‘pengisi perut’ warga nelayan di daerah itu selain nasi lemak dan kuih tradisional Melayu, sebelum turun ke laut.

Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira 20 minit bersama golongan itu.

najib lkim1

Turut sama Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar serta anggota-anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional Selangor.

Perdana Menteri kemudian meluangkan masa bersemuka dan bertanya khabar dengan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Sungai Sembilang.

Pada sesi pertemuan selama 15 minit itu Pengerusi JKKKP Sungai Sembilang Muhammad Radzi Mahmud sempat membangkitkan keperluan kemudahan awam di kawasan berkenaan kepada Perdana Menteri.

Muhammad Radzi ketika ditemui kemudian, berkata kemudahan awam seperti Pusat Transformasi Luar (RTC) dilihat perlu dibina di kawasan itu memandangkan ia merupakan pusat setumpu yang mempunyai pelbagai agensi penguatkuasaan.

“Pesisir pantai kawasan ini amat memerlukan penguatkuasaan yang lebih kerana nelayan terdedah kepada ancaman bot pukat tunda, penggunaan jaring yang mengganggu hasil laut selain aktiviti curi benih kerang.

“Oleh itu, kami memerlukan kehadiran Jabatan Perikanan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di kawasan ini selain bantuan bot pelancong untuk aktiviti pelancongan tani serta dana untuk koperasi,” katanya.

Datuk Seri Najib Tun Razak

Difahamkan kewujudan RTC itu boleh memberi manfaat kepada lebih 5,000 penduduk kampung tersebut selain dua kawasan berdekatan iaitu Kampung Tambak Jawa dan Jeram.

Sebelum mengakhiri lawatan di kawasan berkenaan, Najib sempat melawat gerai-gerai ikan dan hasil laut di pangkalan Sungai Sembilang sebelum bergerak ke Ijok bagi sesi bertemu rakyat.

Sementara itu, nelayan yang ditemui semasa program berkenaan melahirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada Perdana Menteri atas keprihatinan kerajaan persekutuan terhadap nasib mereka.

Sulaiman Abu Bakar, 58, berkata bantuan sara hidup yang diberi oleh kerajaan kepada nelayan amat membantu mereka terutama ketika musim tengkujuh atau cuaca buruk.

“Nelayan ini bergantung kepada cuaca, cuaca elok bolehlah ke laut, duit bantuan ini betul-betul membantu dari segi perbelanjaan kami jika tidak dapat turun ke laut,” katanya yang sudah 20 tahun menjadi nelayan.

Bagi Abdul Rashad Abdul Jalil, 63, pula bantuan sara hidup yang disalurkan kepada nelayan itu menunjukkan kerajaan persekutuan amat mendahulukan rakyat dan sering prihatin terhadap nasib nelayan yang berpendapatan tidak menentu.

Katanya walaupun bantuan sara hidup yang diberikan bukan satu jumlah yang besar, ia amat bermakna bagi para nelayan terutamanya ketika cuaca buruk dan tidak dapat turun ke laut.

“Bantuan sara hidup dan pelbagai bantuan lagi yang diberi oleh kerajaan persekutuan kepada kami adalah amat dihargai,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA

Tags: LKIMNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nelayan Diminta Daftar Dengan LKIM Untuk Dapat Bantuan

Nelayan Diminta Daftar Dengan LKIM Untuk Dapat Bantuan

26/12/2022
0

TUMPAT : Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menggesa semua nelayan di negara ini mendaftar dengan persatuan nelayan agar bantuan dapat...

LKIM Tiada Lagi Simpanan Ikan Sejuk Beku

28/05/2022
0

Taiping : Tiada simpanan ikan sejuk beku di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi menampung masalah kekurangan dan kenaikan harga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd