• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nadya Pilih Naik Pelamin Selepas Bersalin

oleh AK-47
28/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUATU ketika dahulu, pelakon berhijab yang sering membawakan watak antagonis, Nadya Syahera Rosli pernah mengejutkan media apabila mengumumkan selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Fizul Nawi pada 25 September lalu.

Menurut Nadya, mereka memilih melakukan yang wajib dahulu sebelum mengadakan majlis kenduri dan persandingan yang dirancang pada pertengahan tahun depan.

BACA:Pelakon Nadya Rupanya Dah Bernikah!

Namun, tup-tup Nadya disahkan dengan berita gembira apabila apabila hamil tujuh bulan dan dijangka melahirkan anak sulungnya itu pada April ini.

Bercerita mengenai perancangannya itu, pelakon drama Abang Bomba I Love You ini memberitahu mereka tetap meneruskan majlis persandingannya pada Mei depan.

Menurutnya, majlis persandingan mereka akan diadakan pada 20 Mei ini di Kedah, manakala di sebelah keluarga Fizul pula selepas Aidilfitri nanti di Kelantan.

“Nampak gayanya kami akan bersanding bertiga nanti. Pada majlis persandingan itu nanti akan turut diadakan majlis cukur jambul anak kami.

“Pada Julai ini pula, kami akan mengadakan majlis sama di Kuala Lumpur dengan menjemput rakan artis dan kenalan kami. Pastinya ketiga-tiga majlis itu akan menjadi kenangan yang amat istimewa kerana kami bersanding bertiga,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas mengenai kehamilannya, Nadya memberitahu dia dijangka dia bakal melahirkan bayi perempuan.

Sementara itu, Nadya memberitahu dia akan bersalin di pusat perubatan swasta di Shah Alam memandangkan tinggal di sana, manakala berpantang di rumah keluarganya di Kedah. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: nadya syahera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Nadya Syahera Timang Anak Sulung

03/03/2017
0

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon Nadya Syahera yang telah selamat menimang cahata mata perempuan pertama, kelmarin. Nadya melahirkan bayi yang diberi...

Watak Bella Berjaya, Kanak-Kanak Takut Nadya

31/07/2016
0

PELAKON baharu, Nadya Syahera mengaku terdapat kanak-kanak yang takut dan hampir menangis apabila berjumpa dengannya dan itu merupakan kesan daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd