• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mualaf Tawar Teksi Tambang 10 Sen Ke Hospital

oleh AK-47
20/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA sangka, dalam situasi peningkatan kos sara hidup zaman kini, masih ada lagi insan yang berhati mulia sanggup berkorban demi memberikan sedikit sinar kepada golongan yang memerlukan.

Seorang mualaf, Elvan Chan Abdullah, 43, menawarkan bayaran tambang sebanyak 10 sen bagi menghantar golongan kurang berkemampuan ke hospital untuk rawatan.

Mualaf Tawar Teksi Tambang 10 Sen Ke Hospital

Menggunakan kereta Kia Spectra miliknya yang berusia lebih 10 tahun, Elvan berkhidmat di sekitar Kajang, Bangi dan Semenyih tanpa mengira masa.

“Setakat ini sudah lebih 50 pelanggan menggunakan perkhidmatan saya. Kebanyakan mereka daripada keluarga miskin dan tidak mempunyai pengangkutan sendiri,” katanya yang sudah sebulan menawarkan perkhidmatan sedemikian.

Mualaf Tawar Teksi Tambang 10 Sen Ke Hospital

Meski hanya meletakkan harga 10 sen, namun ada penumpang yang membayar lebih kepadanya.

“Biarpun mereka susah namun tetap menghulurkan tambang lebih sekadar kemampuan mereka, biarpun sudah dijelaskan hanya bayar 10 sen,” katanya memetik Harian Metro.

Mualaf Tawar Teksi Tambang 10 Sen Ke Hospital

Mendapat sambutan hangat, Elvan berhasrat mendapatkan kenderaan lebih besar seperti van bagi meluaskan perkhidmatannya.

Elvan turut bersyukur kerana keretanya tidak pernah rosak teruk sepanjang mengambil pelanggan.

“Kereta yang digunakan sekarang hanya boleh memuatkan empat penumpang. Sedih kerana kadang-kadang terpaksa menolak permintaan pelanggan.

“Setakat ini saya hanya ambil tiga penumpang sehari dan yang betul-betul memerlukan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: mualafSedekahTeksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Bantu Dana Bersatu: Duit Sedekah Dari Mana Pula, Tanya UMNO

PAS Bantu Dana Bersatu: Duit Sedekah Dari Mana Pula, Tanya UMNO

22/02/2023
0

Umno hari ini menyindir PAS selepas parti itu menyatakan secara terbuka kesanggupan mereka untuk menyerahkan sumbangan kewangan kepada Bersatu bagi...

”Sedekah’ Sehingga RM600 Ditawar Kepada Pengundi Terengganu’

”Sedekah’ Sehingga RM600 Ditawar Kepada Pengundi Terengganu’

24/01/2023
0

KUALA LUMPUR : Pemberian wang tunai ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang disifatkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd